MOHON WALAUN BODOH HADAM YA..JANGN TAU NAK BUAT FITNAH JE!!


Ariana Rina



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor


1. Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru, Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.


2. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa Forest City akan diberikan nafas baru dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 


3. Semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan sedang giat berusaha untuk merancak dan mempertingkatkan ekonomi Johor agar memberikan impak positif seperti peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi buat Bangsa Johor. Justeru, khabar angin yang tular ini dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.


4. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor juga tidak pernah menerima jemputan bagi sebarang perbincangan berhubung perkara ini, apatah lagi terlibat atau dirujuk mengenainya. Kerajaan Negeri juga tidak menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara yang sama.


5. Sejarah jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di Johor telah ditutup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa Baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di negeri Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini.


6. Dengan penegasan ini, Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak lagi diperpanjang dan dimomokkan sehingga menjejaskan kerukunan dan nama baik negeri dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum.


Sekian, terima kasih.


Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Menteri Besar Johor


26 April 2024


Rujuk

👇👇👇


https://www.facebook.com/share/p/GvbDnNPNsdXnDGqX/?mibextid=oFDknk



No comments: