Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!- SIRI 1



Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!

Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang

 

Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan

Umno, sebuah parti yang kononnya pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu sejak merdeka, dijangka akan kehilangan Pahang, kubu kuat politiknya, pada pilihan raya umum akan datang.

Demikian dapatan tinjauan oleh Merdeka Center for Opinion Research.

Undi etnik Melayu nampaknya telah beralih kepada Perikatan Nasional dalam masa hanya setahun.

Umno telah pun kehilangan kubunya di Pulau Pinang (rakan gabungan Barisan Nasional ketika itu, Gerakan, tidak pernah menguasai Pulau Pinang sepenuhnya), Selangor dan Kelantan sejak beberapa tahun lalu. Parti dominan BN itu kemudiannya turut kehilangan Perlis, Kedah dan Terengganu.

Memandangkan peningkatan undi untuk Perikatan Nasional dalam enam pilihan raya negeri tahun lalu, hanya segelintir orang yang akan terkejut jika lebih banyak negeri jatuh ke pangkuan pakatan pembangkang.

Nampaknya, tiada apa yang dapat menghalang nafsu politik PN yang rakus daripada terus melanggar kubu kuat Umno dan mengekalkan momentumnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Banyak kerusi yang telah lama dipegang oleh Umno jatuh seperti domino dalam pilihan raya negeri tahun lalu. Parti itu juga gagal mengumpulkan penyokongnya untuk mengundi gabungan Pakatan Harapan, rakan BN dalam “kerajaan perpaduan”.

Pada pilihan raya umum 2022, PN mengalahkan Umno 17-16 di kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang. (PN juga menawan tujuh kerusi parlimen di Pahang berbanding lima kerusi untuk Umno.) Umno akan kehilangan kerajaan negeri jika tidak kerana sokongan daripada PH, yang memenangi lapan kerusi. PH membalas sokongan yang diterima daripada BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan memberi sokongan kepadanya di peringkat negeri Pahang,

Adakah Pahang akhirnya akan jatuh ke tangan PN pada pilihan raya umum akan datang? Melihat kepada peta pilihan raya, serangan PN datang dari arah Terengganu, negeri di mana rakan gabungan PN, Pas, menyapu bersih semua kerusi.

Menariknya, Umno berpendapat satu-satunya cara ia boleh pulih dari segi politik adalah dengan berpegang kepada seorang individu yang hampir memusnahkan parti dan negara secara berseorangan – Najib Razak. Parti itu melakukan segala yang mungkin untuk membawanya pulang ke dunia politik secepat mungkin. Umno fikir para pengundi Melayu, yang akan tertarik dengan karisma palsu Najib, akan kembali beramai-ramai mengundi partinya.

Tetapi ‘diskaun’ hukuman yang diberikan kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan tidak diterima baik. Lebih ramai orang terkejut apabila mengetahui nampaknya terdapat layanan khas melibatkan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kita. Jika anda seorang miskin dan mencuri makanan, seringkali tidak akan ada belas kasihan dan anda mungkin akan dihukum dengan berat. Tetapi bagi golongan bangsawan dan ahli politik, betapa korupnya mereka, mereka mungkin mendapat ‘diskaun’ besar – dan mungkin juga layanan VIP di penjara?

READ MORE:  Minorities are not mere votes

 

Umno tahu undi para etnik minoriti di Malaysia, yang marah dengan politik toksiknya, telah pun banyak hilang. Lihatlah desakan boikot KK Super Mart oleh ketua sayap pemuda Umno yang tidak berhemah, Dr Muhamad Akmal Saleh, dan betapa cepatnya kepimpinan Umno menyokong gesaannya yang semberono itu.

Sokongan kepada ahli politik Umno sebegini daripada pengundi separa bandar semakin merosot sedangkan undi bandar telah pun lama hilang.

Orang yang tahu tentang politik serta yang telah dilukai oleh rentetan politik toksik yang melulu sebegini tidak akan mudah melupakan buli dan penghinaan yang diterima dari partinya.

Oleh itu, kelangsungan Umno hanya bergantung kepada usaha merebut semula undi Melayu daripada PN. Namun, ia adalah sesuatu yang sukar. Enam pilihan raya negeri tahun lepas menunjukkan – dan ia telah disahkan oleh tinjauan Merdeka Center – bahawa undi Melayu tidak berhenti-henti mengalir kepada PN.

Umno barangkali masih boleh mengawal politik di kampung Melayu melalui komplot politik yang digerakkan di peringkat majlis tempatan, peruntukan kewangan di peringkat persekutuan dan kelulusan projek.

Namun, ruang yang lebih berkuasa sebenarnya adalah masjid, surau dan acara keagamaan Islam di mana pendakwah PN cukup memegang erat jiwa Melayu.

Bukanlah sebuah kebetulan presiden Umno itu diberikan portfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini bertanggungjawab ke atas pembangunan luar bandar (baca kampung, tempat tinggal ramainya orang Melayu), pembangunan masyarakat, bumiputera, pekebun kecil dan pemulihan tanah.

No comments: