PEMIMPIN ITU CONTOH

 


MSO


Sindir Senja


Pemimpin adalah role model kepada orang bawahan. Antara faktor kepimpinan Rasulullah kenapa mudah diterima dan menyebabkan orang kafir tertawan ialah akhlaknya. Rasulullah bukan memimpin dengan gagasan dan wawasan jauh sekali retorik tetapi dengan akhlaknya.


Sayang apa dianjurkan Rasulullah tidak  jadi ikutan para pemimpin kita Melayu dan Islam. Sepatutnya dihari baik bulan baik ini para pemimpin Melayu Islam berlumba lumba untuk tunjuk dan pamerkan akhlak

mulia agar jadi ikut para penyokongnya. 


Sepatutnya ada ziarah menziarah diantara sesama mereka. Jadikan aidifitri sekurang kurangnya sebagai ceasefire sebagai menunjukkan kita beramal dengan didikan Rasulullah. 


Tetapi sayang tidak berlaku baik dari pemimpin memerintah maupun pemimpin pembangkang. Kehadiran Ramadhan dan Syawal sedikit pun tida melembutkan hati mereka.


Makanya kalau pengikut masing masing terus tegar memakin hamu, sidir menyindir antara satu sama lain sepanjang masa tidak memelikkan. Kerana bayang itu terbentuk mengikut objek. Trims.


No comments: