RINGGIT. UN JANGAN BIMBANG

 


Nazri Hamdan


Keadaan Ringgit terkini - jangan risau, tiada apa-apa dilakukan untuk stabilkan nilai Ringgit - menurut dakwaan sesetengah individu yang mendakwa diri mereka "orang market". Agak memeranjatkan orang market langsung tak tahu apa yang sedang dilakukan untuk baiki Ringgit.


Mereka mendakwa ia disebabkan sentimen interest rate Fed. Katanya, ini sahaja dah cukup untuk buatkan Ringgit bergerak seperti ini.


Tapi, hakikatnya BELUM ADA APA-APA pun perubahan yang dibuat kepada kadar faedah Fed sampai hari ini. Boleh kah dengan hanya sentimen Fed sahaja Ringgit boleh bergerak seperti ini? of course orang market sahaja yang tahu.


Cuba anda bayangkan, kalaulah Fed belum buat apa-apa Ringgit dah bergerak seperti ini, nanti bila Fed betul-betul turunkan kadar faedah, ke manakah agaknya Ringgit boleh pergi? Adakah ke bulan? 


Of course “orang market” paling arif dalam hal ini sebab sudah lama membaca carta pergerakan Ringgit. Mereka pun pakar dalam dasar monetari. Mereka pun ada degree dalam monetary economics dari universiti terhebat dunia. Itulah dia "orang market".


OK lah pepagi ni saya nak pergi swimming kat pool kejap.



No comments: