radzi kunyit cuba tanya soalan bukan bidang dia pun- NILAI RINGGIT JATUH ISU SELALU DIPOLITIKKAN PAS JAWAPAN MENT...


Usaha kerajaan melalui Bank Negara (BNM) secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilihat membawa impak positif dan membantu mengukuhkan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, beliau berkata langkah koordinasi antara BNM bersama GLC dan GLIC itu dilihat berjaya menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing. Menurutnya, Kementerian Kewangan dan BNM telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Antaranya termasuklah, menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten “Ketika GLC dan GLIC meraih keuntungan daripada pulangan pelaburannya yang mungkin lebih baik, mereka boleh memulangkan keuntungan pelaburan, kita menggalakkan (untuk mereka) memulangkan. “.. dan kita telah nampak (hasil) usaha bersama BNM, GLC dan GLIC dalam satu setengah minggu ini, ringgit telahpun mengukuh,” katanya. Amir berkata, BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian eksport supaya kebergantungan terhadap dolar Amerika dapat dikurangkan. Selain itu, bank pusat juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan. Beliau berkata dasar yang diambil kerajaan dalam menangani nilai ringgit mengambil kira ketidaktentuan cabaran luaran yang menjadi faktor utama dalam pergerakan ringgit. Setakat 8 Mac, nilai ringgit berada pada tahap lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya iaitu pada RM4.68 ringgit berbanding dolar Amerika. Sementara itu, Amir berkata keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam negara juga dilihat semakin baik sekali gus dapat mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia pada masa depan. “Biarlah kerajaan berusaha dengan cara-cara yang ada ini, kita sambut dengan apa yang telah ada dalam negara sekarang, kita sambut juga keyakinan yang nampak daripada pelabur asing untuk melabur dalam negara dan inilah akan mengukuhkan negara lebih elok pada masa depan,” katanya. Menyentuh mengenai cadangan meningkatkan had statutori hutang, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had hutang tersebut memandangkan langkah dan komitmen adalah untuk melaksanakan pembaharuan fiskal mengawal tahap hutang dan defisit. Malah, katanya, kerajaan komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) iaitu tidak melebihi 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa sederhana. Amir berkata jumlah pinjaman baharu tahunan kerajaan mula menunjukkan trend penurunan pasca pandemik ekoran langkah mengurangkan defisit daripada 5.6% pada 2022 kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dan menyasarkan 4.3% pada 2024. Sumber Video/Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. YT Parlimen Malaysia




No comments: