Kerajaan negeri seharusnya tidak dibenarkan untuk melemahkan perlindungan alam sekitar




Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan kenyataan Premier Sarawak Abang Johari Openg bahawa Sarawak akan mempunyai kawalan mutlak dalam menguruskan alam sekitarnya sendiri.

‘Alam sekitar’ tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara bagi sama ada bidang kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Ketiadaan peruntukan yang jelas ini telah menimbulkan masalah berhubung isu tadbir urus alam sekeliling antara kerajaan persekutuan dan negeri badan perundangan.

Walaubagaimanapun, berhubung dengan hak alam sekitar warganegara, mahkamah kita melalui kes-kes mahkamah, telah mengiktirafkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak kepada alam sekitar yang bersih dan sihat sebagai hak asasi, di dalam Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, yang berhubung dengan hak kepada kebebasan hidup.

Oleh itu, dalam hal ini, kedua-dua badan perundangan dan kerajaan persekutuan dan negeri mempunyai kewajipan untuk memastikan perlindungan hak setiap rakyat terhadap alam sekitar yang bersih dan sihat, tanpa diskriminasi.

Istilah alam sekitar adalah pelbagai disiplin, dan ia melangkaui sempadan sesebuah negeri atau negara. Contohnya, pencemaran dan kemerosotan udara, air, biodiversiti dan ekosistem mempunyai kesan melangkaui sempadan negeri, walaupun tanah dan hutan adalah perkara dalam bidang kuasa sesebuah negeri.

Bagi tujuan memastikan keseragaman antara negeri, Parlimen telah menggubal undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan diguna pakai di semua negeri.

Oleh itu, Sarawak, dalam usaha untuk menguruskan alam sekitarnya sendiri nampaknya menafikan kebolehgunaan akta ini di negeri tersebut.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Menjelang Ogos 2024, Jabatan Alam Sekitar negeri akan diserap ke dalam Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak 1993.

Mengambil alih kawalan alam sekitar ini daripada kerajaan persekutuan oleh kerajaan Sarawak ini amat membingungkan (disconcerting), terutamanya apabila undang-undang Sarawak mengenai penilaian kesan alam sekitar, misalnya, adalah lebih lemah daripada di semenanjung.

Tidak seperti rakan persekutuannya di mana undang-undang Sarawak mengenai penilaian kesan, mengecualikan keperluan mandatori untuk penyertaan awam dan perundingan ke atas projek yang mempunyai kesan kepada alam sekitar yang ketara.

Ia menyerahkan isu perundingan mengenai penilaian kesan kepada budi bicara setiap proponen projek yang mempunyai kepentingan diri sendiri dan bertentangan dengan kepentingan awam.

READ MORE:  Implications of demand for increase in Sarawak parliamentary seats

 

Kami menganggap penyertaan awam, perundingan dan penglibatan sebagai komponen asas dalam mana-mana proses penilaian kesan alam sekitar, kerana ia memastikan prinsip ketelusan dan akauntabiliti ditegakkan untuk memastikan tadbir urus yang baik.

Oleh itu, tanpa komponen utama penglibatan awam dalam membuat keputusan ini dimasukkan ke dalam proses perundangan Sarawak berkaitan penilian kesan, hak kepada alam sekitar yang bersih dan sihat tidak boleh dilindungi.

Malah, ini sama dengan mempunyai peraturan yang lebih lemah untuk Sarawak, dan ini tidak adil kepada penduduk negeri tersebut, termasuk mereka yang sangat terdedah, seperti Orang Asal, yang secara berterusan telah membangkitkan isu kemerosotan alam sekitar, pencemaran dan banjir.

Selanjutnya, berhubung dengan perubahan iklim, Sarawak telah memajukan undang-undang berkaitan iklimnya sendiri yang berkaitan dengan perdagangan karbon, apabila langkah itu mempersoalkan kesahihan usaha tersebut, terutamanya berkaitan peraturan di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, di mana ini adalah suatu tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Malaysia telah meratifikasi perjanjian antarabangsa berkaitan alam sekeliling termasuk Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim, Perjanjian Paris dan Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi.

Kerajaan-kerajaan negeri mesti melaksanakan komitmen antarabangsa yang dibuat oleh kerajaan persekutuan dan tidak melemahkannya.

Memandangkan perkara di atas, kami menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk tidak memajukan undang-undang yang lebih lemah dan tidak selaras dengan undang-undang persekutuan dan apa-apa keperluan di bawahnya, seperti yang dilihat dalam isu proses penilaian kesan alam sekitar.

Kami bimbang negeri lain juga akan mengikuti contoh Sarawak. Dalam hal ini, kerajaan persekutuan, dalam mengimbangi hubungan persekutuan-negeri, tidak boleh membenarkan kerajaan negeri menerima pakai undang-undang dan peraturan yang lebih lemah.

Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan persekutuan menjelaskan langkah-langkah yang sedang diambil untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri- seperti Sarawak tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka untuk memastikan semua rakyat Malaysia dilindungi secara sama rata dari segi perlindungan alam sekeliling dan perubahan iklim.

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia

 

No comments: