TINDAKAN TEGAS TERHADAP MAMAT BOYAN HINA MAHKAMAH SYARIAH

 


Semalam lagi aku dah nampak video mamat syok sendiri tu. Mulanya aku nak share video tu tapi aku fikir buat apa aku nak bagi dia popular.


Videonya itu  merupakan fitnah yang sangat besar kepada undang-undang syariah. Malahan juga satu penghinaan terhadap mahkamah tersebut.


Wajarlah tindakan tegas diambil terhadapnya kerana dia telah menyentuh satu daripada 3R. Harap PDRM dapat segerakan tindakan.


Sebenarnya yang meremehkan mahkamah syariah adalah mereka yang mengatakan mahkamah syariah sudah tak punya kuasa selepas ini.


Kerana hakikatnya mahkamah syariah masih punyai peranan dalam kehidupan muslim negara ini. Masih banyak perbuatan mungkar yang di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.


Contohnya kes zina, judi (berlesen atau tidak), minum arak (di mana saja) dan sebagainya. Undang-undang itu tak pernah dibatalkan pun.


Bukan keputusan kes Nik Elin yang hina mahkamah syariah tapi cara respon lebai dan walaun yang cuba timbulkan persepsi konon mahkamah syariah 'hilang taring' yang buatkan mahkamah syariah dipandang remeh terutamanya oleh masyarakat bukan islam.


Lebih dari itu, mamat ni juga menghina badan autoriti Islam di negara ini. Dia buat seolah pegawai agensi Islam negara kita tak beriman.


Sesungguhnya bukan kecil penghinaan yang dia buat terhadap undang-undang, mahkamah syariah serta para pegawai agensi berkaitan Islam.


Aku cabar mamat syok sendiri tu untuk buat perkara yang dia kata dalam videonya bukan jenayah lagi tu di khalayak ramai di Kelantan. Tengok dia kena tangkap ke tak nanti.


Kalau benar dakwaan dia, tentu dia takkan ditangkap. Tapi kalau ditangkap, aku nak dia tinggalkan Malaysia selamanya. Berani tak?


Kesian walaun. Selain dari mengekalkan diri berada dalam kebodohan, mereka sokong pula orang yang meremehkan mahkamah syariah. Walaun sekarang bertindak seperti orang yang tak punya maruah diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: