MAJLIS TINDAKAN EKONOMI BUMIPUTERA.

 





Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 seraya dihadiri ahli-ahli MEB terdiri daripada Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri yang berkaitan dan wakil-wakil daripada Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). 


Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan.  


Hatta, perbincangan turut menyentuh persediaan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) dijadual pada 29 Februari hingga 2 Mac, waima saya tekankan supaya Kongres ini perlu menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera. 


Ianya perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera, justeru pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenalpasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik.


Usai mesyuarat, saya turut mengambil kesempatan untuk menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024. Kongres ini akan berlangsung pada hujung Februari 2024. 


Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.


#MalaysiaMADANI



No comments: