CADANGAN TAK CERDIK. PATUT KAU HALANG BERITA FITNAH TU DENGAN UNDANG UNDANG. ...KAH..KAH..KAH



Nampak Fahmi Fadhil dalam mencari populis muncul dengan pelabagai idea mengarut dan tidak praktikal yang "pandir" menyelesaikan masalah. 


Terbaru berliau mengemukakan cadangan untuk membangunkan sistem asas membendung pencurian (falgiat) berita daripada sumber asal. Sistem itu juga membolehkan sumber asal berita yang beritanya dipetik tidak tepat melaporkan kepada MCMC.  


Dua hari lepas beliau lancar kod etika wartawan yang dikritik beberapa pihak pengamal media massa. Hari ini muncul dengah idea lain pula, yang "geli geli" rasanya.


Niat memang baik, tetapi keberkesannnya tindakan tetap meragukan. Apa patut dilakukan ialah bertindak ke atas mana-mana pihak atau individu yang putar belit berita alias membuat fitnah itu. 


Ambil contoh apa yang disiarkan dalam kapsul Biar Betul, semua itu berita fitnah dan karut ambil tindakan ke atas mereka. Fahmi pernah memberi reaksi dalam hal ini katanya dia tidak ada punca kuasa. Kalau begitu kenapa tidak diusahakan mendapat punca kuasa itu lebih baik dari bangunkan sistem asas berkenaan. 


Selagi mereka (pefitnah) ini tidak dikenakan tindakan, hanya beri nasihat, atau amaran keras, maka selama itulah wujud peraih berita palsu dan kian berkembangnya pelapor fitnah. Mereka akan terus bermaharaja lela. 


Janganlah kerana untuk dilihat kaya dengan idea sehingga idea sampah pun dikeluarkan. Berapa banyak peraturan dan sistem perlu ada sedangkan tindakan "nahi kabe nahi."


Apakah Fahmi sudah menerima propasal daripada mana-mana pihak yang rapat dengannya. Untuk bangunkan sistem berkenaan tentu menelan belanja bukan sedikit.


Perdana Menteri pun perflu semak jkerjabuat Fahmi ini jangan diserah bulat-bulat, kita bimbang lama-lama langit pun makin rendah. Trims.

MSO