DR ROZAIMI JAWAB CIKGU BERHENTI AWAI

 


Bagus juga Dr RoRa jawap si Cikgu Walaun KHAWARIJ tu. Klau tidak, cikgu perasan bagus tu akan pijak2 dan hina je Dr RoRa. Kita dah faham sgt perangai walaun. Dr RoRa baru kenal? Hahaha...🤣🤣🤣


Apapun saya setuju dgn DrRoRa meletakkan nama pd tulisan kerana bertanggungjawab dgn apa yg ditulis. Saya melakukan hal yg sama. Tambahan pula jika tulisan itu mengkritik mana2 pihak. Ia akan jd surat layang shj jika di copy paste dan disebarkan oleh org lain. 


Tiada credibility. Serupa mcm yg sering dibuat oleh walaun. Kalau itu fitnah, kita nak saman pun payah.





Bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh padam Status ke tu?


1. Ada yang beri screenshot tulisan bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh ini berkaitan teguran beliau kepada saya. (Rujuk gambar 1) Apabila saya lihat FB beliau untuk bertabayyun kesahihannya, saya dapati ayat dalam respon beliau itu sangat tidak sesuai. Ia seperti penuh dengan emosi. Namun respon awal itu akhirnya telah dipadam oleh beliau sendiri. Beliau sendiri akuinya(Rujuk gambar 2).


Namun respon awal beliau (Rujuk gambar 1) itu beberapa orang telah hantarkan kepada saya dan ramai juga yang telah sebarkan dalam laman sosial secara terbuka. Oleh sebab itu saya terpanggil untuk menulis status ini. 


2. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana memohon maaf atas tuduhan melulu beliau terhadap Perkampungan Sunnah. Namun, status yang dipadam itu bukan hanya mengandungi permohonan maaf tetapi bekas Cikgu ini memfitnah saya pula.


3. Dalam status itu beliau menfitnah saya "mengagungkan" PHD saya. Ditulis pula "sombong dan angkuh dengan sekeping sijil". Itu bukan teguran, namun fitnah dan naratif buruk terhadap diri saya. Saya ingin nasihatkan beliau bahawa tidak semestinya memadam status bermakna dosa sekali terhapus. Dosa sesama makhluk tidak terpadam sekadar memadam status. 


4. Saya tidak sombong dengan PHD, apabila orang memperlekeh kononnya PHD ini tidak ada nilai, maka saya berkongsi pengalaman tentang pengorbanan menuntut ilmu hampir 20 tahun daripada zaman sekolah agama, pondok sehingga ke Jordan menuntut ilmu dengan Masyaikh di sana. Serta saya juga mendapat sanad hadith ketika di Jordan. 


Seperti mana Dr Maza terinspirasi menuntut ilmu hadith daripada kisah Maulana Asri yang bertalaqi di India Pakistan sehingga menjadi asbab Dr Maza menuntut ilmu hadith hingga ke peringkat PhD, saya berharap sedikit perkongsian saya mampu mendidik anak muda menuntut ilmu agama pada zaman yang mencabar ini. Tambahan pula zaman sekarang ramai yang tinggalkan universiti untuk menjadi influencer.


5. Saya menunggu bukti dari beliau di mana video saya atau tulisan saya yang menunjukkan saya "mengagungkan" PhD saya atau sombong dan bongkak terhadap sekeping sijil.


6. Saya juga ingin titip nasihat seorang insan bernama Mohd Fadli Salleh 2020 yang menasihati supaya tabayyun dan siasat sebelum menulis. (Rujuk gambar 3)


7. Tidak salah meminta maaf. Bahkan ia memang terpuji apabila terbukti salah. Lihat nasihat Mohd Fadli Salleh 21 Feb 2024. (Rujuk gambar 4)


8. Saya letakkan nama saya di bawah setiap tulisan adalah untuk bertanggungjawab atas apa yang saya tulis. Ini kerana ada kes tulisan saya di FB di copy paste melalui whatsapp. Jika tiada nama saya, maka pembaca tidak tahu siapa yang membacanya. Jika ada kesilapan pada tulisan saya, maka orang tahu di mana saluran untuk menegur saya.


Saya harap Mohd Fadli Salleh 21 Feb 2024 boleh terima nasihat Mohd Fadli Salleh 2020 dan Mohd Fadli Salleh 20 Feb 2024.


Rozaimi Ramle



No comments: