[mengejutkan] MP BERSATU SOKONG PMX! PUAD TEMPELAK MAHA FIRAUN!



Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. "Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan perdana menteri kesepuluh adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjoong Karang," katanya pada satu kenyataan hari ini. "Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang. ======================================================================= Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi menasihati Dr Mahathir Mohamad supaya berehat selepas imej bekas perdana menteri itu “terus merudum”. Malah katanya Mahathir boleh membiarkan anaknya Mukhriz untuk meneruskan legasinya. "Untuk kekal relevan Tun M sanggup menyertai demonstrasi di hadapan Istana negara semalam. "Selepas buat kejutan luar biasa di PRU ke 14 imej Mahathir terus merudum. Macam-macam dia buat. Dia tubuh parti Pejuang. Akhirnya dia hilang deposit di Langkawi.





No comments: