KEKAL TENANG

 





Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang turut dihadiri Menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi Kerajaan yang terkait.


Mesyuarat ini merupakan jawatankuasa khusus bagi menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan demi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


Dengan merancakkan semula industri ini, sektor pelancongan turut berupaya menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi lain yang berkaitan.


Ini termasuklah meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar hatta Kerajaan perlu cepat membangun produk dan infrastruktur pelancongan dengan kebersamaan pemain sektor swasta.

 

Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang. 


Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran VM2026.


#MalaysiaMADANI