KAU NI DAH KENAPA LA.... KAU KALAH DAH PUN.



Anak dia kena isytihar harta, dia cabar DS Anwar bubar parlimen dan adakan pilihanraya. Apa kena mengena, tak siapa tahu. Mahathir dah anggap negara ni milik dia anak-beranak sampai siapa je berani cuit anak dia, maka akan terus hilang kelayakan memerintah.


Mahathir patut malu kepada Najib. Masa Najib ditahan dulu, dia tak ada pun buat press conferen bagai. Anak dia didakwa lari cukai, dia tak ada pun cabar Mahathir buat pilihanraya. Susah nak percaya tapi Najib tampak lebih gentleman dan rasional berbanding Mahathir.


Keabsahan kerajaan, sokongan buat DS Anwar, telah dibuktikan di hari pertama sidang parlimen selepas kerajaan dibentuk. Dah buat undi percaya. Selama 22 tahun 22 bulan Mahathir memerintah dulu, dia pun tak pernah sekali buat undi percaya. Tapi DS Anwar buat.


Jadi sebenarnya kedudukan DS Anwar sebagai PM dan sokongan terhadap beliau lebih absah dan tulen berbanding Mahathir sendiri. Jadi sang fossil ni nak pertikaikan apa lagi? Kerajaan ini sah. Dan satu lagi yang sah, Mahathir hilang deposit di Langkawi.


Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa agar umur Mahathir dipanjangkan supaya dia dapat lihat kerosakan yang dia buat. Alhamdulillah, doa itu makbul. Dan lebih dari itu, kita dapat menikmati senario dia menggelabah bila anaknya disiasat. Selama ni kita cuma dapat lihat riak wajah egonya saja. Sekarang rasakanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.