[GEMPAK] LANGKAH TOKAI! HADI TIADA KEKUATAN GANTI SANUSI! CHEGU-BAD, HAD...



Umno tidak fikir Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ada kekuatan untuk menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor. Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Adam berkata, Sanusi lebih berpengaruh dalam Pas berbanding Hadi sendiri. “Saya tak fikir Haji Hadi ada kekuatan untuk menukar Sanusi,” kata Lokman ketika mengulas Langkah Tokai, satu usaha untuk menukar MB Kedah itu. ====================================================================================== Terdahulu, tular di media sosial melalui hantaran oleh Che Gubard (Badrul Hisham Shaharin) yang mengajak orang ramai agar menyertai Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dijadual diadakan di Istana Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur. “Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur. "Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/01/22/l... 2. https://www.malaysiakini.com/news/693995


No comments: