TEGURAN DENGAN BERHEMAH. BUKAN MACAM LEBAI TEGUR MACAM ORANG TAK MENGAJI ...




Cuba tengok video Azhar Idrus ni. Komentar tentang satu konsert di Kelantan. Aku tak pasti konsert yang mana tapi rasanya bukan Loy Krathong. Sebab konsert ni di Kota Bharu. Loy Krathong di Bachok tak silap aku.


Lagi pun, katanya dalam konsert tu peserta atau artis yang buat persembahan tak buat perkara mungkar. Tapi yang Loy Krathong tu lebih daripada mungkar aku tengok. Jadi rasanya ini ulasan konsert yang lain.


Tapi yang aku nak tekankan, cuba tengok cara Azhar ni ulas. Lembut dan sopan. Tak salahkan kerajaan sebab ini anjuran NGO atau swasta. Kerajaan negeri dah beri garis panduan. Dah elok dah kerajaan negeri uruskan..


Sebenarnya sama je dengan konsert Coldplay. Konsert tu pun bukan kerajaan pusat yang anjurkan. Ia anjuran syarikat swasta. Kerajaan beri garis panduan. Siap ada Killswitch lagi. Coldplay buat tak elok, terus stop. Yang ini rasanya konsert di Kota Bharu tak ada.


Perbuatan mungkar pun tak ada. Kumpulan Coldplay pun pakai seluar panjang. Tutup aurat tau! Penonton pun elok je. Tu yang walaun terpaksa main isu mata satu tu. Dikatanya dajjal walaupun Nabi saw ajar dajjal tu matanya dua. Sebab dah takde isu.


Jadi sepatutnya lebai dan walaun kena belajar dengan Azhar Idrus. Cara macamana nak menegur. Lembut je. Tak ada pun caci maki, siap doa minta bala bencana datang. Tak ada doa stadium runtuh. Kan elok begitu.


Kalau begini cara bercakap, pada semua perkara la, bukan yang terkait kerajaan PAS je, rasanya tak adalah orang nak bising sangat tentang konsert Coldplay tu. Orang bukan bising sebab bela Coldplay. Tapi sebab nampak jelas hipokrasi lebai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: