Mohammad Jamalee
Pagi tadi ambil masa sekejap baca akhbar untuk update keadaan semasa. Dah beberapa bulan dok busy kerja, dengan eventnya lagi, isu-isu semasa semua cedok dari apa yang lalu di newsfeed saja.
Apa yang menarik perhatian saya ialah perihal banjir.
Kalau anda perasan, dari hujung tahun lepas sampailah ke hujung tahun ni, ada saja negeri dilanda banjir. Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain. Lepas satu negeri ke satu negeri.
Tapi kalau anda perasan juga, berita banjir ni tak meletup di media sosial seperti tahun-tahun sebelumnya yang sarat dengan pelbagai isu.
Dia macam muncul sekejap pasal hal banjir, kemudian sepi. So saya korek-korek lah sikit apa sebabnya.
Jumpalah artikel pada 21 November lepas, tentang bagaimana berkesannya NADMA dan agensi-agensi kerajaan lain dalam bertindak menguruskan perihal banjir.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/21/terenganu-mb-praises-nadma-other-govt-agencies-for-efficient-flood-victim-management/103255
Daripada persediaan sebelum banjir, tindakan semasa bajir dan bantuan selepas banjir, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Agensi yang namanya selalu naik perihal banjir ni, NADMA dan KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan sentiasa muncul, dan nama pemimpin yang bawa 2 agensi ini, sebagai pengerusi dan juga menteri, tak lain tak bukan, DSs Zahid Hamidi.
Politik letak tepi, kita ada pelbagai pandangan terhadap beliau. Tapi dari aspek menguruskan dan mengkoordinasi agensi, saya tabik DS Zahid.
Keputusan beliau pada Disember tahun lepas untuk mengekalkan NADMA sebuah keputusan tepat dan kita dapat lihat hasilnya selepas setahun.
Taip sahaja "KKDW banjir" atau "NADMA banjir" atau "Zahid Hamidi banjir" di enjin carian Google, kita boleh nampak bagaimana mereka bergerak tanpa henti sepanjang tahun ini.
Dari persiapan pusat sementara, kepada pembinaan tebatan banjir, kepada sistem amaran awal banjir, kepada koordinasi menyelamat dan memindahkan mangsa, kepada pemberian bantuan, pembinaan jambatan dan rumah sementara, kelihatan efektif dan sangat teratur.
Tahniah dan terima kasih kepada semua agensi terlibat, juga kepada DS Zahid Hamidi atas usaha yang cemerlang.
#SetahunMadani
#SetahunKKDW
*Den kritik kuat KKDW ni tentang pembangunan luar bandar. Lepas baca pasal banjir ni, nanti den korek lagi pasal KKDW.