𝗔𝗗𝗨𝗑 𝗣𝗔𝗦 π—π—˜π—₯π—§π—˜π—› π—§π—œπ——π—”π—ž 𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 π—¦π—˜π—•π—”π—₯ π—šπ—”π— π—•π—”π—₯ π—Ÿπ—¨π—–π—”π—›

 


𝗔KIBAT TAK ADA IDEA, ISU KELUCAHAN JADI MODAL POLITIK. LEMAH ...


1. Sebagai Bapa kepada ramai anak, saya sangat marah dengan Adun PAS Ustaz Redhuan Mohd Noor yang sebar gambar dan simbol lucah.


2. Bimbang kerana generasi anak2 saya terpaksa membesar dengan hal ini malah dikongsi oleh ADUN PAS berjubah agamawan.


3. Laporan polis patut dibuat kerana tularkan gambar lelaki berciuman yang berlaku diluar negara. 


4. Saya bukan pengamal undang2 tapi saya rasa ini mungkin berkait Kelucahan Melampau atau merangsang perbuatan kelucahan melampau 377E Penal Code.


5. Terdesak sangat kah pembangkang hingga ADUN dan Ustaz PAS gunakan hal ini bermain politik?.


6. Pembangkang tak mampu lagi mainkan isu polisi kerajaan Madani kerana kita dalam halatuju yang baik. Alhamdulillah.


7. Banyak buku2 Tarbiyyah PAS yang ditulis dan dijual ADUN PAS ni. Untungnya dapat, tapi seperti tiada pengajaran yang diambil.


8. Mengekang isu seks songsang jadi makin sukar kerana ianya telah jadi senjata politik dan akan terus dihidupkan. Politik gaya Khawarij.


9. Kerajaan berusaha menutup hal seperti ini malah insiden yang berlaku di konsert The 1975 tempoh hari akibatkan penganjur alami kerugian sangat besar kerana dihukum oleh Kerajaan.


10. Tapi heran seorang Ustaz PAS yang dari muda sampai tua bercakap soal tarbiyyah tapi jadi penyebar dan tukang promosi.


11. Fikirkanlah soal anak2 kita. Hentikan share simbol dan gambar2 lucah untuk tujuan politik. Jangan kerana kejar untung yang sedikit, anak2 kita jadi mangsa.


12. Saya sokong jika kerajaan jadikan perbuatan berkongsi simbol2 songsang ini satu jenayah.


Ahmad Mursi



No comments: