STATUS HUJAN BERET BERET : SIAPA AHLI KITAB?


CHE IBRAHIM

Ramai juga pakar pakar agama persendirian yang tidak menerima pandangan jumhur ulama yang mengatakan ahli kitab ialah merujuk kpd penganut agama Kristian Dan Yahudi, bahkan menolak undang undang Islam yang mengiktiraf perkahwinan dengan wanita ahli kitab, memakan sembelihan mereka atas alasan penganut agama Kristian/yahudi hari ini tidak sama dengan Kristian/yahudi zaman dulu dulu.

Bukankah banyak ayat ayat Al Quran yang mendedahkan agama Kristian ini telah diselewengkan oleh paderi paderi dan rahib mereka, mengubah kitab Taurat dan Injil, mengaku Isa anak Tuhan dsbnya....

Maknanya penyelewangan/inhirop ini telah berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah saw, iaitu beratus ratus tahun sebelum rasulullah saw dilahirkan, tetapi ternyata Islam masih mengiktiraf beberapa hukum berkaitan Kristian dan yahudi ini seperti halal sembelihan mereka dan halal berkahwin dgn perempuan mereka.

Hukum ini telah wujud dan diamalkan di zaman Rasulullah saw, sedangkan penyelewengan kepada ajaran asal Nabi Isa dan Nabi Musa telah berlaku sebelum Islam. Maknanya ketika Rasulullah diutuskan, agama Kristian dan Yahudi telah diselewengkan, mereka disebut sbg golongan bukan Islam/kafir, tetapi hukum halal sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan mereka tetap dibolehkan atas dasar mereka adalah ahli kitab.

Ada hujah yang mengatakan ahli kitab hanya khas untuk Bani Israel kerana Nabi Musa dan dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israel. Persoalannya mengapa Rasulullah saw mengiktiraf penganut Kristian dan Yahudi di Rom sebagai ahli kitab sedangkan mereka bukan Bani Israel??

Kesimpulannya ahli kitab adalah merujuk kpd penganut agama Kristian dan Yahudi, itulah yang diterimapakai oleh jumhur ulama. Kalau kamu tidak boleh menerima hukum tersebut, itu hak kamu sebagaimana ada yang tidak boleh menerima hukum boleh poligami, boleh makan dhab, tapi jangan menafikan hak orang lain yang mahu beramal dengan hukum tersebut.


No comments: