KEKAL TIGA PENGGAL, ERTINYA LENGKAP PUSINGAN MOHAMAD SABU PIMPIN AMANAH

 

Di sebalik khabar terdapat gerakan kuat mahu menyingkirkannya, malah di saat-saat akhir ramai pula yang mengatakan beliau akan kecundang, tetapi Mohamad Sabu akhirnya berjaya juga mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Amanah.

Meskipun di berada di kedudukan nombor lapan daripada 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih, mereka yang terpilih itu sepakat memilih Mohamad Sabu untuk terus memimpin parti tersebut.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Memandangkan perlembagaan Amanah menetapkan seseorang itu hanya boleh menjadi Presiden selama tiga penggal, secara automatik pada pemilihan tahun 2026 nanti, seorang ketua baru akan muncul mengetuai parti tersebut.

Dalam hal ini bermakna, 27 Ahli Jawatankuasa Amanah lebih memikirkan kestabilan dan perpaduan, selain punya budi bahasa dan tahu mengenang budi serta sumbangan seorang ketua.

Mereka tidak membuang ketua di tengah jalan, tetapi terus meyakininya sehingga ke penghujung perhentian agar kemudiannya boleh memilih destinasi lain dengan aman.

Dengan sendirinya, peralihan kepimpinan pada tahun 2026 akan datang adalah terbuka, bebas dan bukan lagi sebahagian agenda untuk menyingkirkan sesiapa.

Sekali lagi ketika itu nanti, 27 Ahli Jawatankuasa akan memutuskan siapa yang terbaik di kalangan mereka yang terpilih itu untuk mengetuai Amanah.

Siapa yang dirasakan terbaik dan paling diyakini, orang itulah yang akan diberi mandat sebagai ketua.

Tiga tahun lagi juga, Mohamad Sabu boleh memilih sama ada untuk bersara atau menjadi penasihat saja kepada Amanah.

Ini adalah proses yang benar-benar harmoni yang bukan saja dapat memastikan Amanah terus kuat dan kukuh, bahkan menyumbang kepada kestabilan kerajaan perpaduan.

Sepertimana dimaklumi semua, Mohamad Sabu, baik melalui Amanah yang dipimpinnya atau ketika menjadi Timbalan Presiden Pas sebelum ini, beliau sebenarnya mempunyai sumbangan serta peranan yang besar kepada kejayaan PH dan juga Anwar Ibrahim yang kini akhirnya telah tertabal sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, mengekalkan lagi beliau untuk terus memimpin Amanah di ketika PH dan Anwar sedang berada di gerbang kejayaan adalah sesuatu yang signifikan dalam erti masih ramai ada hati yang suci dalam berparti.

Jika suatu masa nanti Mohamad Sabu berundur pergi, pengundurannya adalah pengunduran yang diingati dan dihormati.

Apa pun, tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya melengkapkan pusingan yang sempurna dalam mengetuai Amanah, selain memimpin sebuah parti yang bermula daripada kosong sehingga menjadi sebahagian kerajaan. – ShahbudinHusin 25/12/2023.