NAK SALAHKAN PMX - KAERAJAAN NEGERI KAMU YANG LEMAH DAN TAK BERDAYA MAJU.LEMAH

 




Walaun nak sabitkan DS Anwar dengan zionis sebab sekat peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.


Respon pertama aku, untuk kesekian kalinya aku nak ulang, peruntukan untuk wakil rakyat tak wujud. Ianya atas budi bicara Perdana Menteri.


Yang ada cuma peruntukan parlimen dan itu tak pun disekat. Buktinya, Wan Fayhsal sendiri buat posting JPS naiktaraf jalan di Machang.


Kedua, bila peruntukan itu bukan kewajipan, jadi tak timbul soal disekat. Jadi dari segi apa walaun ni nak samakan DS Anwar dengan zionis?


Tapi kalau walaun ni nak kaitkan zionis dengan politik  Malaysia, meh aku ingatkan dia siapakah sebenarnya yang zionis.


Kata walaun zionis sekat air. Cuba check negeri mana yang bekalan air terlalu teruk hingga rakyat dinafikan hak bekalan air bersih?


Siapakah yang memerintah hingga rakyat terpaksa bayar bil walau air tak keluar bila buka kepala paip?


Siapa yang gagal sediakan prasarana hingga rakyat terpaksa hidup dalam serba kedaifan? Sampai reban kambing lebih cantik dari stesen bas?


Negeri mana yang pemimpinnya bangga beli kereta mewah tatkala rakyat tidak dapat kemudahan asas yang paling asas?


Siapa yang asyik menebang hutan hingga sebabkan banjir lumpur dan musnahkan harta rakyat? Harimau juga kehilangan habitat dan sumber makanan hingga terpaksa menyerang manusia?


Kemudian cakap tebang hutan baik untuk harimau sebab nanti haiwan kecil datang jadi harimau boleh jadikan makanan. Siapa?


Aku tak mahu jawab. Walaun boleh jawab sendiri. Dah jumpa jawapan nanti pasti akan tahu kerajaan mana yang zionis sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.