Bantuan banjir: Kelantan diberi keutamaan


 Kelantan diberi keutamaan dalam pengagihan bantuan banjir.



Meskipun berstatus negeri pembangkang namun Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetap mengambil kira kesukaran hidup penduduk negeri itu berhadapan musim tengkujuh kali ini.



"Beberapa pandangan termasuk kadar bantuan telah mengambil kira pandangan semua negeri.



"Satu jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan Timbalan PM 1 (telah dibentuk). Kelantan memang diberi keutamaan memandangkan kesan banjir jauh lebih parah di Kelantan. Sebahagian kita boleh tekan di sini, termasuk (projek) lembangan sungai bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2 dan Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu, mungkin dimukakan sebulan ini.



"Pertemuan dengan PM Thaliand semalam, pihak Thailand beri jaminan siap EIA (laporan alam sekitar) untuk bahagian Thailand Sungai Golok ke Rantau Panjang (maka projek dimulakan).



"Ini bukan melibatkan jambatan tetapi lembangan sungai untuk kurangkan banjir.



"Menyenyuh bantuan pula, melibatkan bantuan nelayan dan pekebun kecil diluluskan. Saya mengira pandangan YB (Rantau Panjang) bahawa ada kesan yang lain itu, dalam peruntukan," katanya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Datuk Siti Zailah Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat sesi pagi.



PM turut menegaskan bahawa beliau akan memastikan jentera kerajaan di daerah dan negeri menyediakan ganti rugi munasabah bagi mangsa banjir.


No comments: