Pada petang ini, saya berkesempatan untuk menyampaikan watikah pelantikan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Sesi 2023-2026 di Parlimen Malaysia.
Bagi sesi kali ini, Yang Di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dilantik selaku Pengerusi JKMR.
JKMR Sesi 2023-2026 turut dianggotai empat Ahli Dewan Rakyat iaitu Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah; Mohd Shafizan Kepli; Lo Su Fui dan Young Syefura binti Othman.
Insya-Allah, moga-moga tanggungjawab besar yang diamanahkan ini dapat digalas dengan penuh adil, tawaduk dan saksama.
Pelantikan ini antara lain ternyata adalah manifestasi Kerajaan Madani untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat untuk membanteras gejala rasuah di negara tercinta ini.
Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan dari-Nya.
Saya percaya Ahli JKMR Sesi 2023-2026 akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gelaja yang kian membarah.
#MalaysiaMADANI