ORANG BUSUK PERUT DAN BERHASAT DENGKI AKAN MELALAK BAGAI ANJING MENYALAK BUKIT.
Ahmad Mursi
1. Hj Hadi kata dia akan pilih penjara jika dihukum bersalah kelak. Duit denda akan bagi PASTI.
2. MP Arau puji hebatnya ucapan Hj Hadi di parlimen. Sanggup dipenjara kerana kes hasutan pertikai kuasa lembaga pengampunan.
3. Banyak kali ucapan dan tulisan Hj Hadi menyindir PMX 'Bekas Banduan'. Rupanya jauh di sudut hati dia juga 'teringin'.
4. Tersenyum saya setiap kali dengar sindirannya. Tiada hinanya status 'banduan' itu bagi seorang pejuang.
5. Sebab sejarah Pemimpin2 dan Ulama2 ulung banyak mendapat 'tarbiyyah penjara' oleh Allah.
6. Hairan saya, pejuang hebat sepertinya menentang 'kerajaan zalim', lantang berpidato (isu kafir mengkafir), tapi tak pernah dipenjara.
7. Mungkin Allah belum ingin kurniakan 'tarbiyyah' itu untuknya.
8. Anwar ditarbiyyah 20 bulan dalam penjara ISA Kamunting kerana berjuang isu rakyat seawal umur 27 tahun. Total 10 tahun PMX dalam penjara yang diisi dgn membaca dan beruzlah.
9. Begitulah Lim Kit Siang, Karpal, Mat Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz, Lim Guan Eng banyak lagi dipenjara.
10. Nabi Yusuf, 4 Imam Mazhab, Ibn Taymiyyah, Imam Nawawi, Imam Bukhari, Hamka, Erdogan, Erbakan, Al-Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Hudhaibi, Rached Ganoushi sekadar petik beberapa nama pernah jadi 'banduan'.
11. Walaun akan kata: tapi PMX banduan kes fitnah peribadi. Begitulah juga Nabi Yusuf difitnah oleh Zulaikha.
12. Tentulah tak semua pemimpin hebat perlu jadi banduan, tapi setiap kali Hj Hadi sindir PMX 'bekas banduan', itu mengeletek jiwa saya.
Ahmad Mursi