BUKAN MERAPU BUKAN TERSASUL.TETAPI NYANYUK?


PAS tak dapat sokongan orang bukan Islam bukan sebab maklumat tepat tak sampai tapi sebaliknya sebab maklumat yang mereka dapat tu tepat 


Pihak lawan tak perlu bersusah payah berkempen burukkan PAS di mata orang bukan Islam kerana walaun dan lebai dah buat sendiri.


Yang kata orang bukan Islam nak gugurkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tu lebai sendiri, bukan fitnah pihak lawan. Dan lebai pertahankan kenyataan mereka.


Yang kata orang bukan Islam/bukan Melayu mahu rampas negara ini pun lebai dan walau juga. Bukan fitnah dari mana-mana pihak lain 


Itu belum cerita perangai buruk lebai yang kerap ponteng sidang, berhujah secara bodoh di parlimen, buat usul mengarut dan banyak lagi.


PAS berkempen dengan menunggang sentimen kaum dan agama, gunakan istilah Melayu dan Islam terancam. Macamana orang bukan Islam nak terima PAS? Menakutkan mereka.


Kalau PAS kembali seperti zaman Almarhum TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai presiden, PAS boleh dapat sokongan orang bukan Islam.


Sebab masa tu PAS berjuang atas nama keadilan untuk semua. Ceritanya tentang good governance, tentang melawan rasuah dan kronisme.


Tapi hari ini, PAS tak sebut dah soal keadilan untuk semua. Malah PAS seolah menghalalkan rasuah dengan menukarnya menjadi sedekah.


Sayang sekali, sebelum peristiwa gugur setandan tahun 2015 dahulu, PAS boleh jadi parti terkuat di negara ini. Tapi disebabkan sekumpulan manusia tamak kuasa, PAS kini jadi parti tanpa hala tuju.


Kalau PAS nak kembali memenangi hari orang bukan Islam, PAS kena kembali ke perjuangan asal seperti zaman Almarhum dulu.


Tapi melihatkan barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ni, rasanya itu tak mungkin akan terjadi. At least pada masa ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: