PEMIMPIN NEGARA ANWAR IBRAHIM KE MESYUARAT NEGARA ISLAM MENGENAI NASIB PALESTIN DAN MENGUMPUL DAN MEMBERI BANTUAN BERJUTA RM. KITA PEMIMPIN ISLAM KONONNYA DOK MAKI HAMUN KONONYA DIA SAJA ISLAM BILA TAK JOIN BERSAMA PARTINYA.

 




Pagi ini di Riyadh berpeluang bersama dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh, Arab Saudi. 


Saya mulakan pernyataan negara dengan menyatakan penghargaan kepada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Muhammad Bin Salman kerana mengambil inisiatif yang menggabungkan dua ketumbukan yakni negara-negara ASEAN dan negara-negara teluk. Kerajaan Arab Saudi juga telah lebih awal mengambil inisiatif yang sama berkaitan Palestin di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) beberapa hari yang lalu.


Hal Palestin ternyata menjadi tumpuan utama tatkala persidangan ini diadakan semasa Palestin, terutamanya Semenanjung Gaza terus dibedil tanpa henti dan meletakkan kedudukan hak, harta dan nyawa warga Palestin semakin terancam. Menyekat akses kepada keperluan asas ternyata memburukkan keadaan. 


Malaysia menegaskan bahawa prinsip dan hukum antarabangsa mesti diperteguh selain mengecam kemunafikan komuniti antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian ke atas warga Palestin. 


Malaysia sekali lagi menekankan bahawa rakyat Palestin mesti dikembalikan haknya, diiktiraf hak kenegaraannya, dan juga mengakui sempadan pra-1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara. Malaysia juga menggesa agar koridor bantuan kemanusiaan mesti segera digerakkan bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan. 


Saya turut menyentuh mengenai hubungan istimewa ASEAN-GCC serta tantangan yang melingkunginya terutamanya aspek geopolitik yang pasti mengesankan hubungan ekonomi antara kedua-dua benua, dan ia mesti segera didepani bagi memaksimakan potensi ekonomi. 


Saya mengakhiri pernyataan saya dengan mengusulkan ASEAN-GCC Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA) sebagai langkah ke depan demi rakyat kedua-dua rantau dan akan menjadi perjanjian hubungan perdagangan bebas (FTA) yang pertama yang akan menggabungkan ASEAN dan negara-negara Teluk. 


#MalaysiaMADANI



No comments: