KEMANAKAH DUIT RAKYAT RM 393.8B DIBELANJAKAN



Norman Radzuan


Bila kita jadi kerajaan kita bicara sebagai kerajaan. Nak cari kekurangan atau salah silap itu kerja pembangkang. 


Di bawah ini adalah fakta kemana wang rakyat dibelanjakan utk berhujah dgn lawan.


Rumusan Ringkas Belanjawan 2024


PMX Anwar Ibrahim Membentangkan RM 393.8 Billion Untuk Bajet 2024  


✅ Kerajaan menyasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar 4-5% untuk tahun 2024

✅ Defisit 2024 dianggarkan pada kadar 4.3%


*👥 Kebajikan Rakyat 

✅ RM2,000 *bayaran insentif* untuk penjawat awam *sebelum kajian sistem saraan dilengkapkan*

✅ RM1,000 kepada pesara Kerajaan dan veteran tanpa persaraan 

✅ RM55 juta subsidi elektrik untuk golongan miskin tegar sebanyak RM40 sebulan

✅ RM100 juta kepada badan NGO yang membantu rakyat 

✅ RM2.47 bilion untuk projek perumahan rakyat

✅ “The My50 Unlimited Travel Pass” akan disambungkan 

✅ RM500 kepada golongan muda yang membuat program dan kerja sukarelawan diiktiraf kerajaan

✅ Pertambahan RM10 juta untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket *penipuan di luar negara* 

✅ Harga Siling untuk ayam dan telur akan diapungkan *bagi memastikan keterjaminan bekalan*

✅ RM11.8 bilion untuk projek tebatan banjir 

✅ Akaun Fleksibel KWSP Akan Diperkenalkan 

✅ RM2.4 bilion untuk Pusat Kebajikan

✅ RM50 juta untuk suri rumah dibawah program e-Kasih 

✅ RM400 juta untuk projek keterjaminan makanan 

✅ RM200 juta untuk program Payung Rahmah 

✅ RM10 billion Sumbangan Tunai Rahmah yang akan manfaatkan 60% Rakyat Malaysia 

✅ RM100 sebulan untuk setahun kepada *700,000* penerima Sumbangan Asas Rahmah

✅ RM1.2 billion untuk membantu golongan OKU 

✅ RM333 juta kepada orang Asli 


*💸 Cukai 

✅ 5-10% Cukai Mewah Akan Diperkenalkan 

✅ Cukai perkhidmatan akan naik dari 6% kepada 8%, *namun perkhidmatan makanan, telekomunikasi, parkir dan logistik kekal pada 6*

✅ Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax) sebanyak 10% kepada syarikat akan dilaksanakan mulai 1 Mac 2024

✅ E-invoicing akan diwajibkan kepada pembayar cukai melebihi RM 100 Juta mulai Ogos 2024 


*🔥 Penambahbaikkan


✅ RM2.8 billion untuk membaiki jalan dan jambatan *Persekutuan*

✅ RM5.8 billion untuk Sarawak & RM6.6 billion untuk Sabah

✅ RM38 juta untuk menaiktaraf mahkamah dan melatih lebih banyak hakim

✅ RM2.4 billion untuk membaiki kemudahan dan bangunan kerajaan dan kuarters penjawat awam

✅ RM150 juta untuk membaiki tandas awam

✅ RM100 juta untuk penyelegaraan lampu jalan 

✅ RM10 juta untuk naik taraf 10,000 kedai dan penjaja di seluruh negara 

✅ RM1.1 billion untuk masalah air di Kelantan, Sabah, Labuan

✅ RM70 juta untuk meningkatkan industri kelapa sawit Malaysia 

✅ RM4.7 billion untuk projek LRT3 

✅ RM2.4 billion untuk Felda dan Risda.


*🎭 Seni , Kebudayaan & Pelancongan 


✅ 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia 

✅ RM350 Juta untuk mempromosi aktiviti pelancongan di Malaysia 

✅ RM80 juta untuk mengekalkan Warisan bangunan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESC0 

✅ Pengurangan Cukai Hiburan 10% untuk persembahan artis antarabangsa di Wilayah Persekutuan

✅ RM160 Juta untuk industri kreatif di Malaysia 

✅ Artis tempatan akan dikecualikan daripada bayaran duti *hiburan bagi persembahan pentas*

✅ RM60 juta untuk mempromosi karya tempatan 

✅ RM90 juta untuk industri perfileman negara million 

✅ RM10 juta untuk MyCreative


*🏢 Perniagaan 

✅ Pelan NIMP 2030 Mahu Mencapai RM95 bilion dengan purata gaji rakyat sebanyak RM 4,510 menjelang 2030

✅ GLC & GLIC akan menyediakan dana RM1.5 billion untuk startups termasuk SME menceburi bidang high-growth, high-value (HGHV) seperti digital economy dan aerospace

✅ Pemprosesan sijil halal akan dipendekkan dari 51 Hari kepada 30 hari 

✅ RM44 billion untuk menyokong Industri Kecil dan Sederhana (SME)

✅ RM10 juta untuk membantu perkembangan industri francais mengembangkan eksport

✅ TNB, Gentari and Tesla Malaysia komitted untuk memberi RM170

juta untuk membina station pengecasan EV 


*🏫 Pendidikan

✅ RM58.7 billion kepada Kementerian Pendidikan

✅ RM1.9 billion untuk tujuan naik taraf dan menyelenggara sekolah

✅ Had siling yuran kemasukan Universiti Awam pada RM1,500

✅ RM100 juta kepada pelajar yang tidak dapat sambung belajar disebabkan pandemik 

✅ RM250 juta untuk meningkatkan jalur dan kapasiti WiFi di semua universiti awam 

✅ 10% to 15% diskaun kepada pembayar hutang PTPTN 


*🩺 Kesihatan

✅ RM41.2 billion untuk Kementerian Kesihatan

✅ Cukai gula dinaikkan daripada 40 sen/liter kepada 50 sen/liter.



No comments: