SOKONG KERAJAAN TAK HILANG KERUSI PUN

 


"MP Kuala Kangsar tu tak hilang pulak kerusi sebab dia sokong kerajaan. Cuba MP kerajaan sokong pembangkang, mesti kena Akta Lompat Parti."


Aku terdengar komen sebegini daripada walaun. Soalan aku, kenapa dia nak hilang kerusi pula? Akta tu anti lompat parti, bukan anti tukar sokongan.


MP Kuala Kangsar masih kekal ahli Bersatu. Cuma dia menyatakan sokongan terhadap DS Anwar. Itu pun bukan sentiasa. Perkara yang baik untuk rakyat sahaja.


Perbuatannya tidak menyalahi undang-undang anti lompat parti, sefaham aku. Sebaliknya ia adalah masalah disiplin. Jadi partinyalah yang kena ambil tindakan.


Kalau Lembaga Disiplin Bersatu merasakan ianya satu kesalahan, mereka boleh jatuhkan hukuman. Sama ada digantung atau pecat, itu terpulang pada mereka.


Tapi nampaknya kepimpinan Bersatu bacul. Tak berani nak ambil tindakan. Iyalah, kerusi dah la sikit. Kalau pecat yang ini, makin kurang la nampaknya.


Sebab itu mereka tuduh MP itu diugut. Untuk tutup sifat bacul mereka daripada mengambil tindakan terhadap pemimpin yang ingkar arahan parti.


Aku sendiri, secara jujurnya, tidaklah teruja mana dengan berita ini. Sebab aku tak pasti apa rahsia di sebalik perbuatannya. Adakah ini satu perangkap?


Apa akan terjadi kalau MP Kerajaan Perpaduan pula yang menyokong pemimpin pembangkang? 


Sebenarnya tak ada masalah. Dalam MoU antara parti yang ditandatangani sewaktu pembentukan kerajaan perpaduan ini, telah dinyatakan semua MP bebas menyokong usul dibawa oleh mana-mana pemimpin termasuk pembangkang. Dna juga bebas untuk tidak menyokong usul kerajaan.


Kecuali jika undian itu memberi kesan terhadap keabsahan PM, MP itu dikira telah mengosongkan kerusinya. Ini bukan akta lompat parti tapi peraturan parti.


Kerajaan Perpaduan lebih cekap. Dah bersiap awal hadapi situasi ini. PN kena belajar daripada PH-BN. Jaga MP sendiri dahulu sebelum sibuk nak rampas kerajaan.


PN tak perlu risau la. Jumlah kerusi PN tak berubah pun. Hanya DS Anwar dapat sokongan tambahan itu pun hal yang menguntungkan rakyat. Takkan hal yang untungkan rakyat pun PN tak nak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: