BELANJAWAN BALING



49 tahun lalu, negara terpana dengan seorang pemimpin muda. Di Baling, beliau adakan demonstrasi, membela penduduk miskin. 


Paksinya, menolak penindasan golongan kapitalis dan Mahakaya, terhadap golongan marhein. 


Disebabkan beliau, Akta Universiti dipinda. Haramkan pelajar kacau ganggu pentadbiran negara. Dipaksa mereka duduk kuliah saja. Tidak boleh bersuara. 


Beliau juga ditahan dan dipenjara, ISA punya angkara. Kali pertama ke Penjara, dalam usia muda, 2 tahun lamanya. 


Nama beliau meniti di bibir masyarakat ketika itu. Lahir di kalangan mahasiswa pra merdeka, yang memberontak terhadap pemerintah negara. Pencetus budaya anti establishment, di kalangan rakyat yang biasanya taat. 


Ironinya, fast forward nearly 50 years, pemuda itu diangkat pula memerintah negara. Semalam beliau bentangkan Belanjawan kedua selepas beliau berkuasa. 


Saya tonton kesemuanya. Akhirnya, goosebumps jua. 


“Pemuda” ini masih sama fikrahnya. Belanjawan yang beliau bentang semalam, with “Baling” in mind. Fokus kepada marhein. 


Dari baiki lebuhraya dan lampu jalan. Ke perkasakan kuarters tentera dan sekolah desa. Dari janji pembekalan air bersih seluruh negara. Ke bantuan kepada wanita, kanak2, OKU dan gelandangan. Cash in hand rakyat pun ditambah. 


Simply said, it is back to basic. Addressing our needs! 


Tiada lagi Belanjawan kita dipenuhi dengan projek mega atau belanja melangit. Yang biasanya khas untuk golongan kayangan dan elit politik. 


Wacana dan kata yang diguna masih level tinggi. “Marcapada”, “Kendatipun”, “Arakian”, buatkan kita berlari cari Kamus Dewan. 


Namun, substance wise, masih berpaksi di bumi. Ini pada saya, antara semua Belanjawan yang ada, ia Belanjawan yang paling praktikal sekali. 


Ini Belanjawan “Baling”. Signifies even after 49 years, he remains loyal to his true north. Membela rakyat marhein… 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


p/s- Part 2 coming! And I won’t be this nice ✌🏼