‘SAYA NAMPAK RAKYAT KELANTAN NAK BUAT PERUBAHAN’ – MAT SABU





 Tanda tanda akan berlaku perubahan politik di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini agak jelas berbanding beberapa siri pilihanraya lalu.

Hal itu dinyatakan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang media mengumumkan calon calon Amanah di Kota Bharu, petang semalam.

“Kami di Kelantan kami yakin. Kami datang di sini, dua hari di sini, saya nampak memang rakyat Kelantan nak buat perubahan kali ini

“Termasuk anak muda saya pergi makan, tanpa saya beritahu, mereka kenal saya. Mereka kata “Bang Mat kami nak tukar”.

“Anak anak muda yang saya tak kenal. InshaAllah kami mempunyai harapan yang baik kali ini,” katanya.

Ditanya mengenai calon muda Amanah, Mohamad berkata calon muda dan yang berusia seimbang kali ini. Calon muda katanya diharap menang untuk memberi pendedahan kepada mereka memimpin parti pada masa hadapan.

“Bila dia aktif dia memberi sumbangan kepada parti. Kita lihat (ambil) dia (jadi) calon. InshaAllah boleh memimpin parti pada masa akan datang,” katanya lagi.

Amanah meletakkan 31 calon DUN kali ini. 22% daripadanya calon muda. Manakala 15 orang lagi muka baharu.