MEREDA





Ketika Kerajaan kekal pendirian, taknak naikkan OPR, saya risau. Kalau OPR kita jauh berbeza dengan OPR negara luar, pelabur mata wang akan cabut lari. Mereka cari pasaran dengan bunga lebih tinggi. 


Bila pelabur lari, ringgit akan merudum berbanding dollar Amerika. Lagi mahal lah makanan yang kita import dari luar negara. Dahlah food security kita makin hancur. 55% makanan kita diimport. Makanya ia akan beri kesan teruk kepada harga barang. 


Tetapi, kalau dinaikkan OPR pula, akan bebankan rakyat. Kadar bunga hutang mereka akan meningkat. 


Saya baca posting SUSK TSMY pun highlight benda sama. Cuma dia kata Kerajaan kurang cerdik tidak naikkan OPR tu. Sebab nanti ringgit dan inflasi akan tinggi. 


Yelah masa Kerajaan 18 bulan OPR naik sampai 3 kali. Inflasi pun naik sekali. Tapi itu mereka tak bunyi. 


Namun sekarang kita nampak hasilnya. Dalam bulan ini ringgit makin mengukuh. Dan membuatkan inflasi makin mereda. 


2 bulan berturut2 Jabatan Statistik umumkan inflasi turun. Bila inflasi turun, harga barang pun turut turun. 


Tu sebab ada orang cakap dulu sardin Cap Ayam RM10.80. Hari tu kita check jadi RM9.40. Ayam punya mahal dulu, sekarang ada yang jual hanya RM7 sekilo. 


Makanya, kita patut pujilah tindakan Kerajaan dan BNM. Ketegaq taknak naikkan OPR. Taknak bebankan rakyat. Hari ni terbukti tindakan itu tepat. 


Satu lagi, saya nak dedikasi kan kejayaan ini kepada Bapa Rahmah Malaysia, Allahyarham DS Salahuddin Ayub. Beliau hingga akhir nyawa, bertarung memastikan harga barang kekal rendah. 


Legasinya “Payung Rahmah” walau ramai perlekehkan, tetapi sangat memberi kesan. Tidak pernah ada lagi kempen sedemikian yang disambut oleh rakyat terbanyak. Kalah Menu 1Malaysia. 


Mereka yang memperlekehkan pula dari Parti Islam. Ada yang kaitkan dengan autisme, ada yang perlekah sebab tiada kuah. Sampai sanggup tuang air oren dalam nasi. Sampai sudah DSSA diam, tiada dibalas cacian mereka. 


Hari ini, terbukti Menu Rahmah berjaya. Kekalkan harga makanan rendah, untuk golongan tersusah. Inflasi pun merendah. 


Sebagai menghargai jasa arwah, saya bertekad memerangi fitnah harga barang. Kalau betul naik, kita terima. Tapi jangan sampai propagandakan benda tiada. So kalau nak propa berjaga2. Akan ada skuad pantau harga. 


Al-Fatihah sekali lagi kepada arwah. Terima kasih atas inflasi yang makin merendah.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


No comments: