NEGARA ABADI





Dia seorang Menteri, saya hanya penulis pojok di FB. 


Persahabatan kami bermula Februari tahun ini. Perjumpaan pertama diatur oleh pegawai beliau, selepas saya menobatkan beliau Menteri paling perform selepas 60 hari Kerajaan Madani. 


Perjumpaan pertama, dia ajak makan malam dengan suami. 2 jam juga kami bersembang. Sampai tutup kedai la. Dari cerita dia masuk penjara sampai la jadi Menteri. 


Saya juga bagitau, saya pernah bekerja di Kementerian dia 8 tahun, sempat la tolong draf dan pinda beberapa undang2. 


Sejak dari tu, ada je dia call atau text bertanya. Sama ada undang2 atau isu semasa. Kadang dia call juga, tanya gossip terkini dari little birds. 


Dia kata pada saya, kalau dia salah atau gagal lakukan sesuatu, hentam saja. Dia taknak hidup dalam bubble. 


Tak pernah sekali dia mendabik dada. Bila bersembang dengan dia, tak rasa kita bercakap dengan Menteri. Dia siap panggil saya sister. 


Bila saya provoke, DS taknak bertanding Presiden Amanah ke? Jawapan dia “Liyana, kalau masuk politik, asyik nak pikir pasal jawatan dan kuasa. Boleh jadi gila. Fokus je buat kerja. Tolong seramai mungkin. In sya Allah, kalau ada rezeki Allah bagi. Kalau takde pun takpe. The very least kita guna apa kita ada untuk manfaatkan orang lain”. Nasihat yang ni terus melekat dalam jiwa. 


Banyak juga dia bagi nasihat, sebagai seorang abang yang lagi tua. Ajak saya ceburi dunia politik. Nasihatkan saya cari landasan yang baik. Dalam pada itu, tak pernah sekali saya dengar dia memaki atau menghina musuhnya. 


Saya selalu cakap dengan suami. This one is special. Lain benar dia dari pemimpin lain. 


Minggu lepas, saya nampak call dari Datuk Seri. Sebab saya dalam meeting, saya reject call dan janji nak call kembali. Tapi saya lupa terus. Hanya sempat text, tanya khabar. Mungkin juga dia busy, tak berbalas. 


3 hari lepas, melintas posting harga sardin sampai RM13.30. Tak masuk akal. Saya pun terjah la 99 Speedmart untuk tunjukkan harga masih bawah RM10. Sempat buat posting the infamous muka sardin. Saya bukan apa, nak hentam pun jangan lah buat fitnah. Tambah ke atas Menteri yang buat kerja. 


Sempat dia baca posting tu dan tinggalkan komen di wall sambil ucap terima kasih. 


Tup tup malam tu saya dengar dia masuk hospital. 


Saya hantar text, dan ucap Syafakallah DS! Saya harap sangat dia reply. Sampai sudah tak kunjung tiba. 


Bila saya dengar berita kematian beliau malam semalam. Saya sebak dan kesal tak sempat bercakap dengan arwah. 


Hari ini, saya hadir memberi penghormatan terakhir kepada seorang Menteri, yang sanggup merendah diri terima saya, seorang rakyat biasa, sebagai sahabat dan adik. 


Bias apart, he was the most performing Minister in Kerajaan Madani. No doubt about it. 


Didoakan roh beliau disinari rahmah Allah di negara abadi… Setelah banyak jasa beliau kepada pertiwi… 


Rest in Power,

Salahuddin Ayub (1961-2023)

Bapa Rahmah Malaysia 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: