BUKAN HANG DOK TEMBERANG BILLION BILLION MASUK KEDAH KA. BOLEH MAJU.

 




Sikit pun aku tak nafikan KL antara faktor Selangor maju. Bukan 100% tapi ada juga peranan KL dalam pembangunan Selangor.


Jadi dakwaan Sanusi ni tak salah. Cumanya, Kedah pun sebenarnya boleh mahu kalau ambil manfaat daripada Pulau Pinang.


Kalau Kedah ada hubungan yang erat dengan Pulau Pinang, Kedah boleh dapat tempias dari pelaburan yang masuk ke situ.


Malangnya itu tidak berlaku. Sebaliknya Sanusi buat Pulau Pinang sebagai musuh. Bermula dari belat air sampailah isu wilayah.


Macam orang miskin yang iri hati jirannya kaya ada restoran. Bukan dia tumpang jual kuih, sebaliknya dia nak sabotaj restoran orang tu.


Masalah Kedah bukan soal lokasi. Masalah Kedah sebenarnya adalah pemimpin yang tak kompeten dan tak cerdik mentadbir.


Kalau pemerintah Kedah sekapal dengan kerajaan pusat dan negeri jiran, insyaAllah Kedah boleh jadi lebih membangun. #KalihBagiSama. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.