MAHATHIR ORANG YANG BUAT SILAP TAPI TIDAK MAHU MENGAKU

 


Siapa Mahathir? Orang yang sentiasa buat silap tapi tak pernah mengaku, tetapi hanya mahu salahkan orang lain.


Mahathir pernah ada beberapa timbalan yang hebat tapi sebab sayangkan jawatan dan rasa tergugat, mereka dipecat.


Sebelum Mahathir letak jawatan, dia pilih Paklah sebagai penggantinya. Walaupun Paklah tu jauh daripada layak.


Mahathir buat macam dia raja pulak. Jawatan PM tu macam turun temurun, dia boleh pilih siapa jadi penggantinya.


Bila Paklah tak perform, patut Mahathir mengaku dia dah salah pilih. Tapi tak, dia salahkan Paklah bulat-bulat.


Dia hasut supaya Paklah disingkirkan. Setiap hari meroyan kutuk Paklah. Sampailah akhirnya Paklah mengalah.


Kemudian dia juga yang pilih Najib dilantik jadi PM. Mahathir buat macam dia sorang je tahu siapa layak jadi PM.


Kemudian bila Najib tak layan kroni dia, tambah lagi terbongkar skandal 1MDB, Mahathir hasut supaya Najib disingkirkan.


Tapi Najib liat sikit. Tak macam Paklah. Sampaikan Mahathir terpaksa tunduk kepada DS Anwar untuk buang Najib.


Tapi pokoknya di sini, Mahathir rosakkan negara ini dengan keputusan dan pilihannya yang salah. Tapi tak mengaku.


Kalau Mahathir tak pecat Tun Musa dan DS Anwar dulu, mungkin negara kita lebih maju. Kalau Paklah tak dilantik jadi PM, mungkin kita tak ke belakang. 


Kalau Najib tak jadi PM, tak banyak duit kita hilang. Dan kalau Mahathir tak letak jawatan, Mahiaddin tak jadi PM dan tak adalah tersiksa hidup rakyat.


Mahathir rosakkan negara ini dengan kerap masuk campur urusan pentadbiran. Macam orang lain tak tahu kerja.


Sekarang ni masih ada nak percaya cakap Mahathir lagi? Tak cukup lagi saksikan kerosakan yang dia puncakan?


Orang yang sayangkan negara nescaya takkan lagi layan cakap Mahathir. Dia tak lagi relevan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.