KENAPA KERAJAAN MUDAH TEWAS PERSEPSI?




Norman Radzuan


PN pantas manipulasi Wacana

ANNUAR DILIHAT HERO MELALUI TIK TOK


Semalam saya hadir ke pejabat Sinar Harian utk melihat sendiri live Wacana dgn tajuk ‘ PRN siapa yang patut rakyat pilih’.


Saya terpanggil utk hadir kerana dua sebab… pertama kerana panel bernama Annuar Musa dan kedua panel bernama Nor Azrina.


Saya hadir kerana tahu Annuar Musa terkenal dgn kebijaksanaannya memanipulasi isu. Ucapannya mungkin ada yg terpukau tetapi jika anda seorang yg kritikal, pasti tahu Annuar berhujah memanipulasi fakta.


Contohnya dia mengatakan UMNO gadaikan prinsip ketika PAU apabila bersetuju menolak ‘No Anwar, No DAP’… akhirnya hadirin yg majoriti penyokong UMNO dan PKR menjerit ‘No Bersatu’. 


Akhirnya Annuar Musa terpaksa mengalah bahawa fakta sebenar ‘No Anwar, No Dap dan No Bersatu’ bila ada jeritan penonton ‘ Kalau nak zikir biar sampai habis.’


Annuar juga mengatakan sebenarnya PN lebih dahulu mempunyai SD utk dilantik menjadi kerajaan. Fakta sebenarnya di ‘boo’ oleh penonton bahawa SD tidak laku lagi ketika Akta Lompat Parti telah diperkenalkan.


Apabila soalan dari penonton, Hussin dituju kpd Annuar mengenai prinsip, dia tidak menjawabnya. Sama juga dgn soalan dari Iswardy Morni mengenai nama Allah di Mahkamah, Annuar mengakui dia tidak tahu mengenai undang2. Itu antara sebahagian keadaan sebenar dan bukan seperti dilihat suntingan klip video di Tik Tok.


Agak tempang atau tidak seimbang apabila Sinar Harian menjemput Nor Azrina Surip sebagai salah seorang ahli panel mlm tadi. Saya tertanya mengapa Sinar Harian menjemput panelist yg kurang dikenali dan juga kurang petah berhujah.


Kebimbangan saya terjawab, Nir Azrina gagal mengimbangi serangan Annuar Musa dan Rahim Thambi Chik yg terkenal kepetahan mereka berhujah dgn propaganda perkauman. Sepanjang hujah Annuar dan Rahim seperti dijangka sentiasa menyebut DAP DAP DAP.


Nasib baik Shakar byk membantu melawan provokasi atau tohmahan Annuar dan Rahim. Nir Azrina sepatutnya menolak jemputan tersebut dan minta diganti dgn Shamsul Iskandar, Lokman Adam atau Iswardy Morni utk berhadapan individu seperti Annuar Musa yg terkenal dgn kelicikan memanipulasi fakta.


Selepas program tamat,  berborak dgn rakan2 di kedai mamak. Pulang ke rumah jam 2 pagi… apa yg mengecewakan saya Cytro PN sgt pantas mengedit Wacana tersebut seolah olah Annuar Musa hero pada malam itu. Sdgkan sebalik yg berlaku kerana saya berada di situ.


Hampir 9 video di Tik Tok mengenai Wacana Sinar Harian malam tadi kesemuanya video editing Cytro PN. Pantas mereka buat kerja dan saya tertanya tanya di mana Cytro Kerajaan Perpaduan? 


Dlm dunia teknologi medsos kekuatan kempen bukan sahaja content tetapi kepantasan menguasai berita2 terkini. Saya melihat team psywar Pakatan Nasional  tersusun, lebih strategi dan pantas.



No comments: