MALAM TADI DI SARAWAK MENYAMBUT PESTA GAWAI



Malam tadi di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak bagi menghadiri Sambutan Gawai Dayak peringkat Kebangsaan. 


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menjadi tetamu utama dalam majlis ini yang turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta pemimpin persekutuan dan negeri.


Sewaktu majlis ini saya amat tertarik dengan cogan kata Segulai Sejalai atau Bersama Untuk Perpaduan yang digunakan di Sarawak untuk sambutan Hari Gawai ini.


Cogan kata ini telah saya angkat sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara dan ia juga bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.


Sudah tiba masanya rakyat khususnya di Semenanjung untuk belajar dari Sarawak bagaimana perpaduan di antara pelbagai kaum dapat digunakan untuk membina negara.


Ia juga seiring dengan titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang perlunya semangat perpaduan dipupuk, dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat.


Pada majlis sama saya turut umumkan peruntukan RM10 juta kepada kerajaan Sarawak untuk inisiatif pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).


#MalaysiaMADANI 

#SegulaiSejalai


No comments: