DAP KUASAI KERAJAAN ? JOM BACA. JANGAN JADI WALAUN MALAS MEMBACA






DAP KUASAI KERAJAAN

Let’s get the facts right.

PRU14.

- DAP dapat 42 kerusi Dewan Rakyat

- Sampai 6 orang Menteri dalam Kabinet

- Menteri DAP dapat MOF. Kementerian paling berkuasa.

PRU15

- DAP dapat 40 kerusi Dewan Rakyat

- Hanya 4 Menteri dalam Kabinet

- Menteri DAP paling tinggi pun setakat Menteri Pengangkutan.

Kalau bandingkan fakta yang ada, DAP paling kuat zaman bila?

*******************

PH1.0 memerintah, tahun 2019, DAP paling lantang. Tuntut pilihanraya PBT dan ratifikasi ICERD. Dengan PM7 pun mereka gaduh sakan. AG dan MOF sampai nak dipecat.

Kita tak dengar pula sekarang. Apa polisi besar yang DAP bawa?

Jadi kita nak tahu, DAP kontrol Kerajaan tang mana ya?

Saya tengok Anthony Loke, Hannah Yoke dan Nga Kor Ming ok je. Buat kerja mereka, takde nak buat huru hara.

Lain PH 1.0 dulu, jenuh Kerajaan nak bersilat isu kaum dan agama. Rakyat terjebak sama.

*********************

Fakta keluar mengundi yang diberi pun salah. Dikatakan, DAP berkuasa kerana orang Melayu paling kurang mengundi.

Walhal, data yang ada menunjukkan Melayu keluar mengundi paling banyak iaitu 79%, India 78%, Cina 69% dan lain2 59%.

**********************

Tu sebab sudah2 lah kita pajak otak kepada pemimpin. Semak apa cakap mereka. Dengan data yang ada.

Ini bukan zaman dulu kala. Boleh senang2 brainwash kita. Rakyat sekarang bijak belaka. Tu sebab mereka hilang kuasa.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: