REFORMASI- SUATU EKSPATASI



Tahun 1998, saya Tingkatan 5. Bila nak dekat temasya Sukan Commonwealth, Malaysia jadi Tuan Rumah, terjadi suatu perkara yang menggemparkan negara. 


Timbalan Perdana Menteri dipecat dan ditangkap. The rest is history. Tak perlu la kita ulangi. Sampai la tahun 2022, beliau diangkat jadi Perdana Menteri. 


25 tahun beliau melaungkan reformasi. Tapi dah nak masuk 8 bulan kita masih sangsi, boleh ke dia buat ni? 


To be fair, let us list down, what our expectations are. 


Yang saya faham, reformasi DSAI ada dua:


1. Structural/ institutional reform atau perombakan struktur dan institusi. 


2. Economic reform atau perubahan sistem ekonomi. 


*********************


Untuk Structural reform, pada saya yang paling utama, bersihkan dunia politik negara. Itu yang kita nak lihat dulu. Ini yang ramai mahu:


1. Akta Dana Politik

- untuk bersihkan dunia politik dari rasuah dan wang haram. 

- untuk buat orang politik lebih displin. Bukan hanya masuk politik untuk buat duit. 


2. Reform SPRM diletakkan bawah Parlimen bukan PM, supaya SPRM boleh buat kerja setelusnya. Bukan jadi alat politikus kenakan lawan mereka. 


3. Perdana Menteri hanya 2 penggal. Nak elak PM yang terlampau berkuasa sampai jadi diktator pula. 10 tahun cukup untuk seorang PM buat kerja. Dah dilakukan di banyak negara. 


4. Rombak balik pencen dan gaji Ahli Parlimen dan Menteri. Sebelum nak usik pencen penjawat awam, lebih afdal buat pada diri sendiri. You walk the talk dan ketika negara tengah susah, politikus yang pertama berkorban untuk negara. It is a sign of true leadership. 


*******************


Yang kedua ialah economic reform. 


Kita mahu lihat dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan adil. Tolong Melayu yang betul2 susah, bukan hanya kroni politik. 


DEB 2.0 with need based and merit. Tanpa meminggirkan kaum majoriti dan rentan. Fokus juga mereka2 yang tak boleh lagi mandiri tanpa bantuan kerajaan. 


No more please, elitist Melayu berkroni, parti politik especially, merembat hasil bumi dan hampir semua kontrak Kerajaan. Kekayaan negara hanya berlegar sesama mereka. Bagi juga Melayu marhein lain peluang sama rata. 


Tak lupa juga rakyat berbilang kaum dan agama. Yang tersusah dan ditindas dibantu. 


Keadilan dan ekuiti itu perlu diletak nombor satu. 


**********************


Yup, it’s easily said than done. 


Tapi 25 tahun lamanya ramai menunggu. Kalau beliau dapat buat ini semua, pada pandangan saya, beliau boleh diangkat sebagai Bapa Reformasi Negara. 


Kalau tidak berjaya, ramai akan hampa. Akan buat orang percaya cakap lawannya. Kita taknak orang bilang beliau Bapa Retorik Negara pula. 


We must put trust in him to break the cycle. Kerana reformasi ini dia sudah bercakap lama. Political will pun sudah ada, tambah beliau punya majoriti 2/3. Tiada alasan jua. 


Doakan PMX kuat memegang janjinya dan dalam 4.5 tahun ini reformasinya berjaya. 


Setia kita kepada negara. Bukan parti politik dan pemimpin semata2.  


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: