Surat terbuka untuk PM10 dan Kerajaan Perpaduan ……..
Sejak menjadi Kerajaan selama lebih 6 bulan, tidak boleh di sangkal bahawa banyak perubahan dapat di lihat dari segi urus tadbir dan ekonomi Negara. Banyak perkara yang memberikan manafaat kepada rakyat marhaen diumumkan hampir setiap hari oleh Kerajaan. Contoh yang boleh di berikan adalah peningkatan pelaburan asing, pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi yg menurun, kadar pengangguran yg menurun, inisiatif Rahmah, kawalan harga barang, penambahbaikan fasiliti Perubatan dan Pendidikan dan banyak lagi.
Majoriti rakyat akur bahawa Kerajaan yang sedia ada sekarang ini berada di landasan yang betul untuk memulihkan dan menaikkan kembali martabat Negara di mata dunia. Majoriti rakyat juga akui bahawa PMX dan jemaah Menteri sedang bekerja keras untuk kebaikan rakyat dan Negara. Namun, ada satu kumpulan di luar sana yang mempertikaikan segala benda yang di lakukan oleh Kerajaan hari ini. Mereka buat tomahan jahat dan fitnah tanpa asas. Ramai juga rakyat terutamanya di kawasan pendalaman yang terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda politik ini.
Jadi, apakah cara untuk menangani isu ini?
Kelemahan yang sangat nyata dari pihak kerajaan adalah dari segi publisiti dan komunikasi media perdana. Segala tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan tidak mendapat liputan yang sewajarnya dimedia dan ada pula yang langsung tidak sampai ke pengetahuan rakyat. Soalannya sekarang, kenapa pihak media Kerajaan yang sepatutnya bertindak sebagai alat komunikasi utama tidak berfungsi dengan baik dan sempurna? Apakah wujud elemen khianat atau sobataj? Contoh yang baik adalah dakwaan bahawa harga barangan semakin meningkat di Malaysia sekarang ini. Kita tahu bahawa perkara ini tidak benar kalau perbandingan harga di lakukan sejak 2 tahun yang lepas. Perkara ini boleh dijawab dengan mudah menggunakan data dan fakta tetapi maklumat penting seperti ini tidak sampai kepada rakyat marhaen melalui saluran perdana.
Kerajaan seharusnya menggunakan TV3 dan RTM untuk membuat publisiti positif asalkan mengunakan data dan fakta yang sahih. Kerajaan juga mesti wujudkan satu pasukan yang mantap untuk menangkis isu isu di media sosial dengan cepat, tepat dan bernas. Walaupun sudah menjadi Kerajaan, banyak isu isu yang di timbulkan di media sosial terpaksa di tangani oleh penyokong kerajaan secara sukarela buat masa ini. Jadi dengan PRN yang semakin hampir, saya harap perkara ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan madani sebelum terlambat atau dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
Suara Keramat