Kronisme dan Nepotisme …



Baru baru ini tular berita dari Kelantan mengenai imbuhan saguhati yang di berikan kepada Lembaga Pengarah AKSB yang telah menabur bakti dan menjalankan tugas dengan begitu baik untuk rakyat. Malah umum juga tahu bahawa adik kepada Menteri Besar Kelantan juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah AKSB. 


Memang patut Pas bangga dengan AKSB sebab mempunyai rekod khidmat cemerlang iaitu setelah 30 thn berkhidmat tidak dapat  menyelesaikan isu air di Kelantan.


Baru baru ini Presiden PAS telah menyalahkan Kerajaan pusat sebagai punca utama kegagalan mereka selesaikan isu air dan turut mengaitkan Kerajaan Perpaduan yang baru lebih kurang 6 bulan berkuasa. 


Beliau lupa bahawa PAS telah menjadi Kerajaan pusat selama 33 bulan dan Timbalan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air pada ketika itu. Kenapa peluang ini tidak di gunakan sebaiknya untuk mendapatkan peruntukan dan memulakan kerja kerja membaikpulih dengan segera? Apa yang telah menghalang Pemimpin Pemimpin PAS daripada bertindak untuk memastikan Negeri di bawah pemerintahan mereka mendapat manafaat besar? 


Ramai saudara mara pemimpin PAS di lantik untuk memegang jawatan dalam Kerajaan atau Syarikat di bawah naungan Negeri. Apakah ini satu budaya yang sihat? Adakah mereka ini betul betul menyumbang kepada kemajuan Negeri atau rakyat? Bukankah ini secara moralnya salah kerana akan berlaku konflik kepentingan? Golongan ini berpendapatan tinggi dan di bayar mengunakan duit rakyat. 


Pemimpin PAS ada juga yang mendakwa bahawa Kerajaan pusat sekarang tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Soalannya adalah, ke mana hala tuju Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS? Apa model dan KPI yang di gunakan? Adakah polisi mereka tu jelas dan dapat di lihat oleh rakyat? Urus tadbir dan kawal selia amat penting untuk pembangunan dan Ekonomi. Tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan pimpinan PAS ada kemampuan dan wawasan untuk mentadbir dengan baik.


Suara Keramat



No comments: