T20 PUN BUKAN MELIANA

 


Bila aku tulis tentang subsidi untuk T20, ada saja orang B40 yang tak puas hati. Kenapa ek? Bukan aku suruh hapuskan subsidi untuk B40 pun. Aku cuma kata jangan hapuskan subsidi untuk semua T20.


Korang yang dapat subsidi, tak payahlah nak sakit hati. Bukan orang T20 dengki dekat korang. Tapi cuma tak mahu sebahagian T20 menjadi mangsa keadaan.


Paling tak tahan, siap buat kira-kira demi nak tunjuk yang T20 hidup mewah. Kalaulah hidup semudah kira-kira yang dibuat, seronok betul.


Ok. Apa akan jadi kalau T20 yang border line ni tak dapat langsung subsidi? Komitmen bulanan akan bertambah. Jadi nak kena kurangkan, kena amalkan penjimatan. Betul?


Apa cara nak berjimat? Paling mudah, jual kereta mahal, beli kereta murah. Kemudian? Permintaan kereta murah pun meningkat. Kemudian? Harga kereta itu pun naik.


Cuba tengok Axia. Berapa harga Axia sekarang? Sebab apa naik? Sebab permintaan tinggi. Itu belum lagi T20 ramai-ramai tukar kereta pakai Axia tu.


Kalau T20 mula berjimat, maka B40 akan terpaksa bersaing dengan T20 untuk dapat barangan yang murah. Apa kesudahannya nanti?


Itu belum kira kalau ada yang berhenti makan angin dan sebagainya. Yang henti langganan Astro, henti makan di luar. Banyak industri yang akan melingkup nanti.


Kalau industri ni semua melingkup, siapa agaknya yang paling terkesan? Siapa yang kena buang kerja dulu nanti? Jangan pandang enteng semua benda.


Kesimpulannya, B40 tak perlu nak merah mata bila aku tulis tentang T20. Selagi hak korang tak diusik, tak payah nak sakit hati orang lain bercerita tentang hak mereka. Itu je. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: