Petang tadi menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi, yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Parlimen.
Turut bersama saya Menteri Luar Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Kami membincangkan pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama antaranya merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.
Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara akan terus diperkasa, InsyaAllah.
#MalaysiaMADANI