TEDIA...BOLEH PULAK BUAT YA.

 



KOTA BHARU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Husam Musa.


Beliau berkata, sambutan diberikan rakyat Kelantan terhadap Program RMR amat baik apabila permohonan diterima SPNB sentiasa meningkat.


Katanya, peningkatan had kelayakan pendapatan bulanan rumah pemohon daripada RM3,000 kepada RM5,000 seperti diumumkan baru-baru ini juga bakal membuka peluang lebih besar kepada rakyat yang layak untuk memiliki rumah sendiri melalui Program RMR.