TAK HAMBAR MACAMANA- HANGPA JUAI MACAM TAK INGAT DUNIA-

 


Soal peniaga bazar rugi ni, tak payah kerajaan, aku sendiri boleh kaji dan fahami.


Orang ramai memilih tak membeli di bazar tahun ni sebab harga yang terlalu mahal. Nilai duit susut serta merta sebaik kaki melangkah masuk ke bazar.


Kenapa harga jualan di bazar mahal? Sebab barang asas mahal? Faktor tu tak kuat sangat. Faktor terkuat adalah harga tapak bazar yang menggila.


Kalau dah sampai RM20,000 satu tapak untuk 20 ke 30 hari, sehari RM1,000, macamana peniaga nak dapat banyak tu? Terpaksalah jual barang mahal.


Ada pulak jenis Ali Baba. Dia berebut nak dapatkan tapak. Bila dah dapat, dia sewakan pada orang lain. Dia dapat RM20,000, dia sewakan jadi RM30,000.


Nak suruh kerajaan buat apa? Takkan harga tapak bazar pun kerajaan nak jadikan harga kawalan? Dah jadi Taliban pulak. Lagipun itu di bawah kuasa PBT.


Untuk perkara bazar ni, yang boleh uruskan cuma rakyat je. Caranya, macam inilah. Boikot. Biar jadi pengajaran buat semua. Dah rugi, pandailah berfikir.


Macam harga durian sebelum ni. Naik bukan main tinggi. Sekali kena boikot sampai banyak durian busuk. Lepas tu baru nampak munasabah sikit.


Ok. Kalau bazar tak laku tu di Kelantan, Terengganu atau Kedah, walaunita ni sila minta kerajaan negeri atau Adun atau PBT selesaikan. Buat kerja la sikit.


Jangan semua nak letakkan pada kerajaan pusat. Dah awak tu yang berebut nak jadi kerajaan negeri ada buat apa? Takkan cukup dengan sebar fitnah dan kebencian je? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: