APA YANG KECOH SANGAT

 


Syed Saddiq dihalang hadiri sesi dialog berkenaan Intern di UiTM.

Aku tertarik dengan komennya. Katanya, masa di duduk belah pembangkang, dia dibenarkan berucap di universiti. Tapi bila duduk di belah kerajaan, dah jadi tak boleh pula.

Pendapat aku, ada tiga kemungkinan.

Pertama, berlaku deep state. Mungkin larangan itu dibuat oleh pihak yang menyokong PN dalam UiTM bagi menunjukkan kerajaan perpaduan ini sebagai jahat.

Kedua, atau mungkin pihak UiTM takut dengan tajuk dialog yang menyentuh soal intern sebagai hamba abdi (aku tak ingat tajuk penuhnya).

Atau ketiga, kenyataan Saddiq sendiri adalah satu sabotaj terhadap kerajaan. Dia sengaja keluarkan kenyataan begitu untuk menunjukkan konon masa PN universiti lebih bebas.

Secara peribadi, aku percaya sebab kedua itu lebih masuk akal. Tapi tak sekali-kali aku sangkal yang lagi dua itu juga berlaku. Guane boh?

Raja Gelap