MAK AIIII...15 BILLION BUKAN KECIK ANAK WOIII

 

Johor intai pelaburan bernilai RM15 bilion dari Singapura.



Menteri besar Johor Onn Hafiz Ghazi bertemu wakil daripada beberapa syarikat antarabangsa, termasuk gergasi industri AirTrunk dan Wilhelmsen, di Singapura. (Gambar Facebook)

SINGAPURA: Johor berpotensi menerima pelaburan bernilai antara RM10 hingga RM15 bilion daripada beberapa syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, ini berikutan pertemuannya dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa antaranya AirTrunk, sebuah syarikat pusat data berskala besar terbesar di Asia Pasifik dan Jepun, dan juga syarikat Wilhelmsen, salah satu kumpulan maritim terkemuka di peringkat global.

“Semua ini menunjukkan Johor terus kekal menjadi destinasi pilihan utama bagi pemain industri bertaraf global,” katanya lagi.

Menurut beliau, kerajaan negeri dengan bantuan Persekutuan komited untuk menjadi pemudahcara dari segi penyediaan utiliti dan infrastruktur, sehinggalah kepada insentif cukai bagi menghasilkan suasana perniagaan yang lebih mesra pelabur dari serata dunia.

Pertemuan itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Mohammed Ridha Abd Kadir; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Badrul Hisham Kassim.

Selain itu, hadir sama Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Singapura, Vinothan Tulisinathzan; Ketua Eksekutif Invest Johor, Zarina Abdul Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (Jetco), Saifuddin Abdul Rahim dan Pengurus Invest Johor, Sarkawi Zainal Abidin.

No comments: