BARU 100 HARI DIA DIKRITIK HEBAT- SISTEM IDME YANG DIBANGUNKAN OLEH MENTERI LEPAS MEMANG PERANGKAP BESAR BUAT BELIAU.




Kritikan Dr. Anuar Ahmad tentang YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan. Artikel penuh boleh dibaca di: https://bit.ly/3xbQOyx. Bagi aku kritikan ini biarpun pedas namun semuanya berpaksikan realiti.

Untuk seorang marhaen yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, aku melihat kelemahan menteri dari segi mengambil input dari bawah. Kelihatan menteri begitu berharap kepada pegawai kementerian.

Kalau aku boleh beri cadangan, aku nak cadangkan dibentuk satu jawatankuasa khas pendidikan yang anggotanya adalah pengkritik-pengkritik tetap kementerian ini.

Sebagai contoh, Dr. Anuar Ahmad, Dr. Othman Talib dan Cikgu Fadli Salleh mesti ada dalam JK tersebut diikuti wakil guru dan pejabat pendidikan dari setiap negeri atau daerah. Wakil guru ini boleh datangnya dari persatuan guru, NUTP misalnya.

Kemudian masukkan sekali wakil ibu bapa, juga dari setiap negeri/daerah - daripada PIBG. Akhir sekali, jemput tokoh-tokoh akademik dari universiti tempatan mahupun luar negara. To top it off, ajak Dr. Maszlee sekali.

Dari JK ini, kumpulkan segala isu, dari pihak ibu bapa, guru dan pejabat pendidikan, dibincangkan bersama dan dibahagikan mengikut isu lokal dan isu nasional sebelum diselesaikan secara tuntas.

Kehadiran tokoh dan pakar boleh membantu dalam menjana jalan penyelesaian. Kemudian bentangkan perolehan dari JK untuk tindakan dari pihak menteri dan kementerian. InsyaAllah banyak masalah boleh diselesaikan.

Sekarang ini, menteri lebih banyak berziarah ke sekolah. Kemudian tabur peruntukan. Sedangkan isu pokok yang jadi topik hangat di bawah ini belum lagi terusik. Sebab itulah kementerian ini dilihat perlahan walaupun menteri rajin berjalan.

Walaupun aku tak terlibat dalam bidang pendidikan, tetapi ini satu kementerian yang aku sangat cakna kerana aku sedar, inilah kementerian yang bakal bentuk masa depan negara.

Dan aku jadi penyokong DS Anwar semenjak zaman beliau jadi Menteri Pendidikan lagi kerana sebagai pelajar, aku rasa sangat terkesan dengan setiap cara dan tindakan beliau.

Aku amat berharap agar Menteri dapat ubah cara kerja secepat yang mungkin. Jangan sampai rakyat mula muak dan mual dengan kementeri ini. Please. Guane boh?

Raja Gelap

.