MAHIADDIN- HANG CABAR LA ANWAR LAGI- MAKAN SOQANG KA MAKAN RAMAI RAMAI.TAKIYUDDIN PUN SAMA JUGA WEIII DIA PEGANG FAIL ANGPA...KAH..KAH..KAH

 

Jangan cabar saya dakwaan seleweng hampir RM600 bilion, Anwar beritahu Muhyiddin.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin Yassin agar tidak mencabar beliau mendedahkan dakwaan penyelewengan dana bernilai hampir RM600 bilion.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin Yassin tidak mencabarnya untuk mendedahkan wujud penyelewengan perbelanjaan RM530 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Beliau mengesahkan ada beberapa proses tidak dipatuhi dan terdapat syarikat berkepentingan melibatkan keluarga dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

“Jadi nak beri peringatan kepada Muhyiddin, jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur tak dipatuhi dan syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Sejumlah besar wang hampir RM600 bilion adalah duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu duit rakyat sendiri.. sekarang baru diakui. Tetapi ada berpuluh bilion, lain yang diperuntukkan yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan.

Semalam, Muhyiddin menggesa Anwar memanggil bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz menjelaskan sama ada benar wujud penyelewengan perbelanjaan bernilai RM530 bilion ketika pentadbiran PN sebelum ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika terbukti berlaku salah guna kuasa melibatkan dirinya berhubung dana itu, beliau sedia didakwa, sambil bersumpah tidak ada satu sen pun dana tersebut diseleweng.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan PN tidak bersih sama sekali seperti yang dilaungkan ketika kempen PRU baru-baru ini.

“Mereka boleh war-warkan bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan saman Takiyuddin Hassan kepadanya, Anwar berkata, Setiausaha Agung PAS tidak perlu gopoh untuk bertindak demikian.

Anwar berkata, beliau yang kini merupakan menteri kewangan mempunyai fail-fail mengenai peruntukan yang dibelanjakan kerajaan PN sebelum ini.

“Nasihat (saya pada) Takiyuddin jangan gopoh kerana saya sekarang di Kementerian Kewangan… fail ada pada saya,” katanya.


No comments: