RAMAI MULAI DEMAM KERANA ANWAR

 

Dalam banyak ucapannya ketika berkempen, Anwar Ibrahim sering menyebut orang pertama yang akan demam jika beliau menjadi Perdana Menteri adalah Tun Mahathir Mohamad.

Ungkapan itu bagaimanapun bukanlah bermaksud Anwar seorang yang pendendam, tetapi lebih bertujuan menggambarkan dirinya yang tidak berkompromi dengan salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan dan amalan memberi kekayaan keterlaluan kepada kroni serta kaum keluarga sendiri.

Dengan takdir Tuhan, meskipun cuba dihalang banyak kali dan janji dimungkiri, Presiden PKR itu akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November lalu.

Sejak Anwar bergelar Perdana Menteri, walaupun Tun Mahathir kelihatan banyak mendiamkan diri, tidak pula dapat dipastikan sama ada beliau sedang demam atau sihat seperti biasa.

Yang pasti, Anwar tidak melakukan sesuatu yang boleh membuatkan Tun Mahathir jadi demam di hari-hari awalnya menjadi orang paling berkuasa di negara ini.

Selepas mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet semalam dan memasuki pejabatnya di Kementerian Kewangan selaku Menteri Kewangan hari ini, tumpuan Anwar jelas untuk memperlihatkan keseriusannya menangani pelbagai masalah dalam negara akibat kebejatan kerajaan terdahulu.

Melalui beberapa pendekatan awal ini, nampaknya ramai yang mula demam dengan gerakan serta pendedahan yang dilakukannya.

Antara perkara yang diputuskan selepas mesyuarat kabinet semalam – semua menteri setuju dipotong gaji sebanyak 20 peratus, cabutan judi khas daripada 22 kali setahun ketika era PN diturunkan kepada 8 kali setahun, mendedahkan kemungkinan wang judi diguna untuk membiayai kempen PN pada PRU15 lalu, berjaya mendapatkan persetujuan Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Bernas untuk menyumbang RM10 juta pada tahun ini dan RM50 juta bagi tahun depan kepada pesawah padi, melakukan semakan terhadap kontrak rangkaian 5G bernilai RM11 bilion dan akan menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan serta ketirisan dalam perbelanjaan bernilai RM600 bilion sewaktu PKP ketika era Mahiaddin sebelum ini.

Hari ini pula, selepas pertama kami menjejakkan kakinya di Kementerian Kewangan, Anwar menegaskan, wujud pelanggaran peraturan dalam beberapa perolehan kerajaan yang dibuat semasa era Mahiaddin dahulu serta mengesahkan beliau memiliki fail mengenai dakwaannya semalam bahawa kempen PN pada PRU15 lalu dibiayai oleh wang judi.

Selain itu, beliau juga mengumumkan semakan semula projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion daripada RM15 bilion keseluruhannya yang dilakukan kerajaan terdahulu kerana rundingan terus yang dilakukan didapati tidak memenuhi peraturan.

“Saya akan pastikan perkara tersebut tidak diteruskan supaya prinsip ketelusan serta peraturan dipatuhi,” tegas Anwar lagi.

Berdasarkan respon yang tertonjol setakat ini, ramai kelihatan tiba-tiba jadi demam dengan gerakan yang dilakukan Anwar.

Mahiaddin, Hamzah Zainuddin, Hadi Awang, Tuan Ibrahim, Takiyuddin Hasan serta sejumlah pemimpin Bersatu dan Pas yang lain adalah mereka yang dikesan mulai demam sekarang ini.

Sementara Anwar menegaskan beliau memiliki fail berkaitan wang judi untuk membiayai PN selepas Takiyuddin menuntut beliau mengemukakan bukti, Tuan Ibrahim dengan pantas tampil mewajarkan keperluan projek tebatan banjir dilakukan secara rundingan terus.

Ehem…ehem…ada apa-apa ke?

Laskar maya PN pula, susulan pendekatan dan gerakan Anwar itu, turut mula sibuk mencipta dalil dan melencongkan isu agar kelihatan tidak melakukan kesalahan.

Di waktu yang sama, rakyat yang selama ini sebahagiannya bagai terlena dengan mainan sentimen kaum dan agama yang mengkhayalkah mereka, tiba-tibanmulai sedar betapa sebenarnya banyak kemungkaran telah disembunyikan oleh pemegang kuasa yang selama ini berwajah palsu.

Hari-hari mendatang, sesuai dengan jiwanya yang membenci rasuah dan penyelewengan, malah itulah tunjang perjuangan reformasi yang digerakkannya, sambil tersemat erat keinginan membela rakyat yang miskin, adalah dipercayai lebih banyak pendedahan akan ditampilkan Anwar yang akan membuatkan kita semua terkejut mendengarnya.

Maka, keputusan mesyuarat kabinet dan sidang media khas Anwar di Kementerian Kewangan selepas ini adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh pengamal-pengamal media seluruhnya.

Dalam hal ini, harus kita akui, langkah Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan selain Perdana Menteri, adalah keputusan yang tepat lagi bijaksana kerana ia memudahkan beliau untuk bertindak dengan berkesan memulihkan negara ini.

Hanya pemimpin seperti Anwar yang kuat jiwa reformasi, sangat membenci rasuah dan penyelewengan, selain punya keinginan mendalam membantu rakyat bawahan saja yang sesuai memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara sekaligus.

Walaupun mungkin ramai yang demam dengan gerakan serta pendedahan Anwar, apa yang dilakukannya itu adalah ubat untuk memulihkan negara agar rakyat semua kaum benar-benar terbela akhirnya.

Tanpa kemungkaran didedahkan dan dibanteras terlebih dahulu, usaha pemulihan dan iltizam membela rakyat boleh jadi hanya sia-sia saja.

Apa yang dilakukan Anwar sekarang ini haruslah kita sokong kerana kita sebagai rakyat jugalah penikmat hasilnya nanti.

Yang demam atau yang bakal demam, biarkan mereka sengsara sendiri. – ShahbudinHusin 06/12/2022.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

UNTUNG MEMANG SEDIKIT, TETAPI....

  " Kalau kita buat macam biasa, dah lama dah masakan panas, dengan keadaan barang sekarang mahal, takde untung. Kalau satu ratus kita ...