Dr Mahathir juga tak sokong isytihar harta semasa PRU-15
3 jam lalu · PolitikTun Dr Mahathir Mohamad semasa diwawancara dengan Agenda Daily
di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Langkah untuk
mengisytiharkan harta semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak disokong
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pejuang itu
tidak menyokong langkah diambil parti pembangkang, PKR mengisytihar harta
semasa musim PRU-15 dan mempersoalkan mengapa ia hanya dibuat semasa tempoh
berkempen, malah rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) seperti DAP juga tidak
mengikut langkah sama.
“Isytihar waktu dekat
PRU, kenapa dia tak cakap waktu lain. Dalam Dewan (Rakyat) itu, katalah kami
nak isytihar harta, tapi tidak, nak dekat PRU baru nak isytihar.
“Saya bersetuju
(isytihar) tetapi bukan dekat PRU. Itu kita cakap dalam Dewan lepas jadi wakil
rakyat perlu isytihar harta,” katanya dipetik laporan Utusan Online.
Terdahulu, pemimpin PKR
mengisytihar harta masing-masing yang berjumlah jutaan ringgit di laman web
parti.
Namun,
langkah tersebut tidak mendapat sambutan rakan parti dalam PH seperti DAP dan
Amanah yang tidak mengisytiharkan harta calon mereka yang bertanding.
Sementara
itu, DAP dilaporkan tidak bercadang untuk mewajibkan calon mereka membuat pengisytiharan
harta seperti rakan sekutunya itu.
Setiausaha
Agung DAP, Anthony Loke berkata DAP tidak mempunyai polisi yang mewajibkan
calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta mereka.