ALA NUSI- HANG MENANG PUN ATAS PENGKHIANATAN ORANG LAIN. KALI INI KOT KALAU MENANG. KALAU DAK HANG DOK JADI TUNGGOI SITU LA.

 

Calon wanita kurang sesuai hanya di Sik, bukan tempat lain, jelas Sanusi.




Latifah Md Yatim (kanan) berkata, Sanusi Md Nor perlu cuba mengikat
 buah kelapa di perutnya untuk merasai pengalaman dan keperitan
 dilalui ibu mengandung.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mempertahankan kenyataannya yang mahu lelaki menjadi ahli Parlimen Sik dan berkata, kenyataan itu berdasarkan sentimen di akar umbi.

Bagaimanapun, Sanusi mengakui beliau mungkin berlebihan ketika menghuraikan isu itu dan menambah unsur lawak untuk hiburan semata-mata.

“Ceramah saya bab calon wanita kurang sesuai tu dalam konteks daerah Sik sahaja dan tak bersangkut paut dengan kawasan lain.

“Muka bumi Sik, jarak, hutan, sosioekonomi dan sikap penduduk memerlukan wakil rakyat lelaki. Wanita harus diberi ruang dan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat tetapi bukan di Sik.

“Saya tahu pembangkang di Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ketandusan isu. Ini peluang mereka untuk beri persepsi buruk terhadap saya,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, dia juga bercakap dalam dialek pekat tempatan Sik. Orang luar mungkin sukar memahaminya dalam konteks sebenar.

Dalam satu video yang tular di media sosial semalam, Sanusi mengkritik BN dan PN kerana meletak calon wanita di Parlimen Sik.

Katanya, beliau bukan berniat merendahkan ahli wanita PAS tetapi kawasan itu luas dan terpencil dengan ramai penduduk miskin. Sanusi mendakwa ia diluar kemampuan wanita untuk berkhidmat di Sik.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengecam komen Sanusi itu yang dianggapnya menghina wanita dan berkata, beliau tidak terkejut dengan komen menteri besar Kedah itu.

Calon PH di Sik, Latifah Md Yatim juga mengecam Sanusi dan menegaskan wanita lebih terutama ibu mengandung mempunyai daya tahan lebih daripada lelaki.

No comments: